Apa nak buat lepas dapat result SPM?


Nak pilih haluan mana? - Gambar daripada Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Result SPM esok! Nervous tak?!

Tak apa, nervous tu normal. Mana tidaknya, SPM adalah salah satu peperiksaan yang sukar dalam Malaysia.

Apa-apa pun tahniah kerana anda telah melepasi tahap ini.

Jadi, lepas dapat result SPM nak buat apa?

Dilema nak pilih haluan mana selepas SPM memang selalu terjadi kepada pelajar.

Nak sambung belajar ke, nak kerja ke atau nak goyang kaki sahaja?


Jangan risau, Team YC hari ini akan senaraikan apa yang perlu anda lakukan selepas mendapat keputusan SPM.

Tak kisah lah keputusan anda macam mana sekali pun, ingin diingatkan anda mempunya peluang dan hak untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

1. Pilihan jurusan berkaitan

Anda boleh membuat research mengenai jurusan-jurusan berdasarkan keputusan yang diperolehi. 

Tak kisahlah jurusan apa sekali pun, pastikan ia menepati kemampuan dan minat anda. 

Berminat nak jadi doktor? Pilih jurusan perubatan!

Berminat nak jadi fashion designer? Pilih jurusan fashion!

Bertanyalah kepada guru-guru kaunselor sekiranya anda sukar memilih jurusan kerana ia memang memeningkan!

2. Buat kajian tentang universiti atau kolej

Ini lagi satu perkara yang sangat penting.

Persekitaran sesebuah institut pengajian merupakan salah satu aspek yang mempengaruhi seseorang.

Di Malaysia, anda mempunyai pelbagai institut pengajian yang boleh dipilih sama ada institut pengajian awam mahupun swasta.

Jika anda mempunyai masalah kewangan, pilihlah institut yang tidak memakan wang yang terlalu banyak. 

Banyak sebenarnya, anda hanya perlu membuat pilihan dengan bijak.

3. Apa pilihan program selepas SPM?

“Matrik susah nak masuk universiti?”

“STPM pula macam sekolah?”

“Kalau diploma pula tiga tahun tapi dapat rilex sikit daripada matrik dan asasi”

“Asasi budak straight A je boleh masuk?”

...dan macam-macam pandangan juga soalan yang didengar. Ramai juga yang tanya, mana lagi baik, STPM, matrik atau diploma?

Ha, lihat perbezaan di bawah!

    1. Program Matrikulasi

Program matrikulasi mewajibkan pelajar melengkapkan semua subjek mengikut struktur program pengajian yang diikuti.

Aliran yang ditawarkan adalah sains, perakaunan dan teknikal.

Tempoh pengajian disini ialah setahun (dua semester) atau dua tahun (empat semester) .

Elaun sara hidup ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan.

Permohonan perlu dibuat di laman rasmi sistem program matrikulasi yang dibuka sekitar bulan Julai - Nov

Pelajar wajib memperoleh sekurang-kurangnya lima kredit dalam SPM.

Pelajar mempunyai peluang dalam memilih pelbagai pilihan jurusan di universiti kelak.

Jika gagal melengkapkan pengajian sepenuhnya, pelajar tidak mempunyai pilihan lain selain menggunakan semula kelayakkan pengajian ke peringkat diploma.

    2. Program Asasi

Pelajar hanya perlu melengkapkan pengajian selama setahun di unversiti yang menawarkan program asasi. 

Wajib melengkapkan semua subjek mengikut struktur program pengajian yang diikuti.

Sama seperti program matrik, pelajar dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya lima kredit dalam SPM sekiranya berminat untuk menjalani program asasi di universiti awam. 

Kelebihannya, jika mempunyai keputusan yang cemerlang, pelajar akan terus diserap dalam universiti tanpa perlu memohon melalui UPU.

    3. Diploma

Pelajar perlu melalui tiga tahun atau lebih untuk menghabiskan program diploma.

Pelajar juga dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya lima kredit dalam SPM sekiranya berminat untuk menjalani program diploma di universiti awam. 

Pelajar dapat menikmati persekitaran dan kemudahan universiti serta pembelajaran yang lebih senang (tidak semua) kerana masa yang cukup.

Selepas tamat, diploma tersebut layak digunakan untuk memohon ke tahap ijazah sarjana muda dan juga untuk memohon pekerjaan.

    4. STPM

STPM hanya memerlukan dua tahun untuk selesai. 

 Jimat kos kerana tempat belajar di sekolah hampir dengan rumah.

Lebih senang bagi yang rajin dan pandai mengembangkan isi serta kreatif mengolah jawapan.

Boleh terus mohon Ijazah Sarjana Muda selepas tamat tingkatan 6.

Jadi, mana pilihan anda?

Sebenarnya mana-mana pun boleh. Janji bersungguh-sungguh nak capai yang terbaik.

Matrik , STPM, diploma ni adalah pintu-pintu yang akan membawa anda ke tahap yang lebih tinggi.

Bila masuk nanti, jangan lah nak honeymoon. Mesti ada semangat untuk dapatkan pointer terbaik!

3. Cari biasiswa!

Ha, masa ini lah nak buru segala biasiswa yang ada. 

Rajin-rajinlah membuat kajian tentang biasiswa ini. 

Kelebihan bagi yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Dengan memperoleh biasiswa, bebanan kewangan akan dapat dikurangkan.

4. Perbaiki Bahasa Inggeris

Selain bahasa kebangsaan, bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang penting.

Kebanyakkan institusi menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

Banyak cara boleh belajar!

Youtube boleh, tengok program TV berbahasa Inggeris dan macam-macam lagi lah.

Yang penting kena praktis!

5. Persiapkan diri menghadapi kehidupan di kampus

Ini juga penting kerana kehidupan di kampus sangat berbeza daripada sekolah.

Kehidupan kampus memerlukan pelajar untuk hidup berjimat cermat sambil berdikari. 

Di sini juga lah tempatnya untuk pelajar belajar bagaimana untuk menguruskan diri tanpa bantuan ibu bapa dan keluarga.

Diharap perkongisian YC kali ini dapat membantu para pelajar! Walau apa pun keputusan yang diperolehi, tahniah dan teruskan berusaha!