Daler Yusuf Terima Kecaman, Kutuk Pelakon Korea


Pelakon Daler Yusuf terima kecaman setelah kutuk pelakon Korea Selatan


By Syafiqah Azman

Kerana mulut badan binasa. Boleh dikatakan apa yang terjadi kepada pelakon drama Tuan Anas Mikael, Daler Yusuf ini memang kena dan tepat dengan peribahasa yang diungkapkan tadi. 

Gara-gara komennya yang kurang sopan mengenai wajah pelakon popular Korea Selatan iaitu Lee Sung Kyung itu, warga net terutama peminat pelakon Korea tersebut telah mengecam Daler. 

Menerusi satu posting di Instagram semalam, Datuk Sri Siti Nurhaliza memuat naik satu foto bersama Lee Sung Kyung di satu acara pelancaran K-Wave & Halal Show in Malaysia di One Utama, Bandar Utama Damansara. 


Rata-rata netizen menyatakan bahawa kedua-dua wanita tersebut tampak sungguh cantik dan manis apabila bergambar bersama. 

Bagaimanapun, Daler meninggalkan komen dengan menyatakan bahawa Siti Nurhaliza tampak lebih cantik berbanding pelakon Korea tersebut yang penuh dengan pembedahan plastik. 

"Akak lebih cantik. Dia penuh dengan pembedahan plastik dan akak nampak lebih cantik, masyaAllah," tulisnya di ruangan komen namun sudah dipadam. 

Amboi, bukan main ya tuduh orang buat pembedahan plastik. 

Kerana komennya yang agak keterlaluan itu, ramai peminat pelakon Korea tersebut yang marah dan menyatakan bahawa sikapnya itu adalah satu sikap yang biadap. Ada juga netizen yang menyatakan bahawa mentaliti sebegitu seharusnya ditinggalkan. Ha lapuk dah pemikiran macam tu! 


Betul juga, janganlah sampai meninggalkan komen yang negatif dan tidak sopan seperti itu. 

Mungkin Daler perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dan tidak mengulangi kesilapan sebegini lagi. Jadikan ini sebagai pengajaran buat semua juga ya! Lagi satu, jangan main-main dengan peminat Korea ni!