Jasmin Hamid Bela Anak Yang Dituduh Rupa Macam Bapuk


jasmin Hamid


Ibu mana yang tidak sayangkan anak? Begitu jugalah yang dirasakan pelakon Jasmin Hamid bila anak perempuannya, Anna menjadi manjadi mangsa kecaman netizen yang terlampau.


Dalam satu posting di facebook, Jasmin Hamid telah mendedahkan komen yang dimuat-naik netizen terlampau itu.


“Kesian kepada pemilik account ini kerana penampilannya tak selari dengan akhlaknya.  Hanya menutup rambutnya tapi terlupa untuk menutup hati dan imannya,” kata Jasmin.


Jasmin turut mengulas kecaman netizen terlampau terhadap anak perempuannya.




“Mungkin paras rupa kami jauh lebih cantik dari anak perempuan saya yang macam bapuk bak kata kamu. Tapi hati kamu jauh lebih busuk.




“Jika Allah buka aib kamu, sudah pasti tiada siapa yang akan dekat kamu. Jangan pernah merasa sombong dengan kelebihan yang Allah SWT berikan kepada kamu sehingga sanggup menghina orang lain.


“Terima kasih kerana kamu telah pindahkan pahalamu kepada anak perempuan saya. Kamu tidak tahu asal-usul anak perempuan saya. Bila kamu tahu, pastinya kamu akan menyesal seumur hidup kamu kerana telah mencela anak yatim. 


“Saya boleh tahan lagi bila manusia mencela saya tapi saya akan bangun untuk membela bila mana ada manusia yang berakhlak keji mencela keluarga saya yang tdak pernah melakukan apa-apa kesalahan kepada orang lain.


“Tujuan saya post tentang ini untuk memberi amaran kepada netizen negative supaya lebih berhati-hati apabila mahu komen di wall saya. Semua followers saya adalah positif. Jangan hanya kamu fikir, kamu orang awam, kamu boleh mencela sesuka hati di wall artis (bukan retis),” katanya.  



Dalam pada itu, dalam sebuah posting lain, Jasmin Hamid telah memuat naik gambar anak perempuannya itu.

Kata Jasmin, buruk atau cantik dia tetap sayangkan anaknya itu sehingga jannah.


“Love my daughter so much. Mohoh Allah SWT temukan anaku dengan seorang imam yang boleh membimbingnya ke jalan Allah dan bahagiakan anakku,” katanya.


Jamsin juga bermohon agar Allah SWT akan panjangkan usianya untuk melihat anaknya itu berkahwin denan lelaki yang baik dan soleh.


Dia juga bermohon agar mana-mana lelaki di luar sana supaya tidak menyakiti hati dan mensia-siakan anaknya itu kerana dia seorang anak yang taat dan penyayang. Terharu sungguh team Youth Connect membaca luahan hati Jasmin Hamid. Memang ibu yang penyayang sungguh…