PT3: Sekolah diberi kuasa sediakan soalan mulai 2020


PMR diganti dengan PT3 sejak 2014 - Gambar daripada Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Bermula tahun hadapan, semua sekolah boleh mengendali dan menyediakan soalan untuk Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Ketua pengarah pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata pihak sekolah boleh menyediakan soalan-soalan PT3 tanpa penglibatan Lembaga Peperiksaan.

Katanya, soalan PT3 tahun ini masih disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan pengurusan pengendalian PT3 dibuat di sekolah masing-masing.

"Mulai 2020, PT3 ini akan kita serahkan sepenuhnya pengendalian dan penyediaan soalan kepada pihak sekolah.

"Ini bermakna, Lembaga Peperiksaan tidak akan terlibat dalam menyediakan bahan soalan," katanya dalam sidang media pengumuman Analisis Keputusan SPM 2018 hari ini.

Guru-guru pula akan dilatih dengan Lembaga Peperiksaan bagi menyediakan soalan PT3.

"Ketika ini kita sedang melatih guru kita untuk menyediakannya. Namun, bank-bank soalan berkaitan PT3 tetap ada dan boleh digunapakai," tambahnya lagi.

Walau bagaimanapun, kebanyakan netizen tidak bersetuju dengan pengumuman ini.

Rata-rata mereka berpendapat kaedah ini akan memudahkan para pelajar untuk mendapat soalan bocor.


Ada juga netizen yang berpendapat bahawa kaedah ini tidak mempunyai intergriti dan boleh menderung kepada pelbagai masalah. 





Jadi, apa kata anda?

Patutkah sekolah diberi kuasa penuh?