Raf Kongsi Detik-Detik Mawar Rashid Lahirkan Raden Junior


Raf Yaacob dan Mawar Rashid bersama cahaya mata pertama mereka Raden Muhammad Rafael


Suami kepada pelakon dan model Mawar Rashid iaitu Raden Ahmad Faizal Yaacob atau Raf Yaacob mengakui bahawa cahaya mata pertama mereka, Raden Muhammad Rafael yang seberat 3.4 kilogram itu telah dilahirkan secara secara normal pada Jumaat lalu. 

Raf Yaacob yang juga adik kepada penyanyi dan chef selebriti terkenal Datuk Fazley Yaacob berkata demikian di dalam posting instagramnya selepas menerima pelbagai pertanyaan daripada peminat tentang kaedah Mawar Rashid bersalin iaitu sama ada secara normal atau pun pembedahan. 


"Oleh kerana ramai yang bertanya jadi saya akan jelaskan di sini. Mawar Rashid bersalin secara normal dan tidak menggunakan epidural atau laughing gas. 

"Benar-benar 100% bersalin secara semulajadi. Sakit dia, hanya Mawar dan Allah SWT sahaja yang tahu. Tapi, dia mengharungi segala kesakitan dengan tenang. 

"Sepanjang tempoh contraction, dia (Mawar) banyak berzikir. Saya dan ibu Mawar hanya membantu memberikan urutan yang ringan di bahaggian kaki dan pinggangnya, selain banyak berdoa dan berzikir supaya Mawat dan baby tenang," katanya. 



Raf turut berada di sisi Mawar sepanjang Mawar melahirkan anak pertama mereka itu. 

Jelas Raf lagi, dia juga turut bangga dengan isterinya  itu. 

"Mawar sangat hormat dan patuh dengan saya. Dia juga seorang ibu tiri yang penyayang buat anak-anak saya (hasil perkahwinan terdahulu). Dia juga adalah seorang anak perempuan yang baik terhadap ibunya dan ibu saya.

"kebajikan Mawar terhadap seluruh keluarganya dan keluarga dia adalah sesuatu yang sangat saya hormati dan sanjung. Mungkin...itulah salah satu sebab Allah SWT permudahkan dia bersalam secara normal," katanya lagi. 

Sweetkan Raf....

Buat Raf Yaacob dan Mawar Rashid, Youth Connect ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak lelaki kalian berdua. Semoga kalian berdua  ini akan terus kekal bahagia bersama anak-anak.