Yura Yunita, 'Merakit' Simbol Bangkit


Yura Yunita muncul dengan album keduanya, Merakit


By Syafiqah Azman

Pernah menempuhi momen-momen sukar di dalam hidupnya, segala pengalaman itu telah memberikan inspirasi buat penyanyi kelahiran kelahiran Bandung, Indonesia, Yura Yunita untuk menceritakan kisah hidupnya itu di dalam album keduanya berjudul Merakit.

Ketika ditemui di Alila, Bangsar di satu majlis pelancaran album pada Jumaat, Yura menyatakan bahawa album keduanya yang memiliki sembilan lagu itu adalah simbol kebangkitan sewaktu dua  sedang mengalami fasa kesukaran dalam hidupnya. 


“Aku pernah merasa kakiku terkungkung, dan ruangku dibatasi. Namun jiwa seniku tidak jadi dengan perlahan-lahan dan penuh yakin aku rakit. Jadi di situlah adanya nama Merakit,” ujarnya. 

Duta produk rambut  Head & Shoulders ini juga dia berasakan bahawa pasti ramai orang di luar sana akan dapat memahami apa yang ingin disampaikannya kerana dia percaya semua orang pasti pernah mengalami detik sukar dalam hidup. 

Siapa sahaja yang tidak pernah mengalami detik ingin berputus asa bukan? Semua pasti pernah mengalaminya dan bagi wanita berkebolehan ini, dia menjadikan halangan  itu sebagai satu semangat untuknya terus bergiat dalam seni hiburan ini. 

Bukan itu sahaja, salah satu lagu hit di dalam album Merakit ini iaitu Buka Hati telah mendapat lebih dari 2.7 juta tontonan di laman YouTube. Lagu yang dicipta oleh dirinya dan penyanyi terkenal Indonesia, Tulus ini sekaligus menjadikan ia lagu hit di seluruh platform muzik streaming.

Hebat bukan? Jadi bagi mereka yang ingin mendengarkan lagu terbaru Yura dari album Merakit, anda boleh mendengarkannya di aplikasi Spotify sekarang atau pergi ke laman YouTube-nya.