Eggboy diangkat sebagai hero oleh netizen!


Tular apabila seorang remaja melempar telur ke kepala Frasser Anning - Gambar kredit kepada Kapten Jake


By Nadhirah Sofea Rashid

Kerana mulut, badan binasa. Itulah yang terjadi kepada senator Australia Frasser Anning yang bukan sahaja menerima kecaman dan kutukan seluruh dunia, malah dibaling telur oleh seorang remaja!

Internet menjadi riuh sepanjang hujung minggu lepas gara-gara seorang remaja lelaki yang diberi nama samaran 'Eggboy'!

Will Connolly yang berusia 17 tahun, menerima pujian seluruh dunia atas keberaniannya membaling telur tepat kepada kepala senator Australia Frasser Anning. 


Connolly bertindak sebegitu kerana kata-kata Anning yang berbaur perkauman dengan mengaitkan isu perkauman dengan tragedi pengganas pada solat Jumaat di dua masjid di Christchurch, New Zealand.

"Penyebab utama pertumpahan darah di New Zealand hari ini adalah daripada polisi imigrasi yang membenarkan fanatik-fanatik Islam masuk ke negara itu," kata Anning yang dianggap melampau dan tidak sensitif sehingga mendapat kutukan daripada seluruh dunia.

Terkejut dengan aksi Connolly, Anning menampar dan menyerang remaja tersebut sebelum pergelutan itu dileraikan.

Majoriti netizen yang mengutuk senator tersebut mengangkat Connolly sebagai hero dan memberi pujian atas keberaniannya.

Ada yang ingin belanja Connolly roti telur!



Sangat kagum dengan tindakan Eggboy ini, ada yang sehingga mahu menghadiahkan dia percutian dan sebuah Ferrari! Wah!

Seorang pelukis Australia melukis mural sebagai tanda penghormatan kepada keberanian Connolly.

Connolly dimaklumkan ditahan polis selepas pergelutan tersebut. Walau bagaimanapun, pihak polis telah membebaskannya.