Kelahiran Sumayyah - Baby Syamsul dan Puteri Sarah Turut Diraikan Rakan Artis


Nama Sumayyah menjadi pilihan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah


By Syafiqah Azman

Alhamdulilah dan tahniah buat pengarah terkenal negara, Syamsul Yusof dan isteri, Puteri Sarah Liyana kerana telah menimang cahaya mata kedua yang diberi nama Sumayyah Mohd Syamsul pada 16 Mac lalu. 

BACA: Syamsul Yusof, Puteri Sarah Bakal Timang Anak Perempuan


Menerusi laman Instagram milik Syamsul sendiri, dia memuat naik foto menunjukkan bayi perempuannya yang selamat dilahirkan dan mempunyai kesihatan yang sempurna. 

“Anak kedua kami selamat dilahirkan pada pukul 3.30 petang tadi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” tulisnya di ruangan kapsyen. 

Tambah Syamsul lagi ini merupakan satu rezeki daripada Allah yang Maha Esa kerana telah memberikan dirinya dan isteri satu lagi penyeri dalam rumah tangganya. 

Rata-rata rakan artis seperti Tiz Zaqyah, Alif Satar, Shuib Sepahtu dan juga Fad Bocey meninggalkan ucapan tahniah dan syukur terhadap kelahiran penyeri baru dalam keluarga Syamsul dan Puteri Sarah. 


Tahniah diucapkan buat Syamsul sekeluarga dan mudah-mudahan diberkati selalu, Insha Allah. 

Pada tahun 2014, pengarah muda, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah mendirikan rumah tangga dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syaikhul Islam.