Che Ta Sakit Mata, Berhenti Ngumpat


Che Ta balas komen pedas netizen


By Syafiqah Azman

Siapa tak kenal dengan wanita jelita ini, kalau pergi ke laman Instagram miliknya, penuh dengan gambar dan fesyen unik yang ingin ditonjolkan. 

Baru-baru ini, pelakon dan usahawanita, Rozita Che Wan atau lebih selesa dengan gelaran Che Ta kembali ‘panas’ apabila warga net mengecam penampilannya sewaktu menghadiri di majlis ulangtahun Siti Aafiyah, puteri kesayangan Datuk Sri Siti Nurhaliza. 

Biarpun hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Siti Aafiyah yang setahun, namun sambutannya telah dijayakan pada hari Ahad.

Kalau sekali pandang, memang nampak janggal lihat Che Ta memakai kaca mata hitam besar di dalam dewan. Tapi cuba jangan main serkap jarang dan ngumpat ha! 

Ibu kepada Aaisyah Dhia Rana itu menjelaskan di ruangan Instagram storynya menyatakan bahawa dia kecewa dengan sikap mereka yang memberi komen negatif sebegitu rupa. 


“Nak buat macam mana, dah hari tu sakit mata tapi disebabkan janji dan hargai jemputan diberikan, saya pergi juga walaupun nampak janggal,” tulisnya di ruangan Instagram story. 

Tambahnya juga, biarlah Allah SWT sahaja yang tahu niat sebenarnya memakai kaca mata hitam sebegitu walaupun nampak agak pelik. 


Menerusi ruangan Instagram story juga, Che Ta yang kecewa dengan netizen turut memuat naik tentang sikap mengumpat yang merupakan salah satu dosa besar dalam agama Islam. Ha mengumpat lagi, kan dah dapat dosa kering. 

Tidak mengapalah Che Ta kalau orang nak mengumpat ke apa, yang pasti niat Che Ta baik. Tetapi, kalau anda semua nak tahu, aksesori kaca mata hitam besar seperti itu merupakan salah satu fesyen di dunia Hollywood. 

Lihat sahaja lah model terkenal seperti Gigi Hadid dan juga bintang Hollywood terkenal Kim Kardashian West menggayakan kaca mata besar seperti itu.