Noor Nabila Muat Naik Mesej Nasihat, Tanda Rumah Tangga Retak


Noor Nabila bersama anaknya, Jebat Jayden Ahmad


By Syafiqah Azman

Terdahulu, ramai netizen menyatakan rumah tangga Sharnaaz Ahmad bersama isteri, Noor Nabila dikatakan goyah apabila pelakon filem Juvana tersebut memuat naik beberapa status di laman sosial seolah-olah memberikan bayangan keretakan hubungan mereka. 

Menerusi ruangan Instagram story baru-baru ini, Nabila, 34, memuat naik beberapa paparan skrin menunjukkan beberapa mesej memberikan nasihat dan juga mendoakan hubungan pasangan tersebut. 


“Saya harap Nabila dan juga Baby J akan sentiasa dalam keadaan yang baik walaupun sedang menghadapi beberapa kesulitan dalam hidup. Ibu yang bahagia akan membesarkan anak dengan baik sekali,” tulis individu terbabit dalam satu mesej yang dimuat naik. 

Manakala satu lagi mesej mendoakan semoga Allah SWT sentiasa memberikan kekuatan kepada Nabila serta melindunginya daripada sebarang masalah. 

Tidak dinafikan alam perkahwinan sudah semestinya mempunyai pasang surutnya, betul tak? Sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri. 

Malah bukan itu sahaja, Noor Neelofa juga tidak terlepas dari tuduhan sesetengah netizen yang mendakwa dirinya merupakan pencetus kemelut rumah tangga kakaknya, Nabila. 

Menerusi satu laporan BH online, pelakon dan pengacara popular itu menyatakan bahawa tuduhan itu merupakan satu tuduhan yang tidak masuk akal dan berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat perkahwinan pasangan tersebut.

Nabila dan pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden yang kini berumur tujuh bulan.