Inilah 42 Filem Yang Layak Rebut 24 Kategori FFM30


Filem-filem yang bertanding


Biarpun kebelakangan ini, beberapa filem cereka Malaysia berjaya mencatatkan kutipan pecah panggung, namun industri perfileman tanah air masih lagi disifatkan agak suram. Lebih suram apabila tiadanya Festival Filem Malaysia dianjurkan pada tahun lalu.

Namun, karyawan-karyawan mahu pun pengiat seni filem di negara ini barangkali mampu menarik nafas lega kerana pada Festival Filem Malaysia telah kembali semula. 

Bakal berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen, Antarabangsa pada 30 Mac ini, Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) kali ini menyaksikan senarai 42 filem yang layak bertanding untuk merebut 24 kategori anugerah yang dipertandingkan di malam kemuncak festival penuh berprestij ini. 

Daripada senarai 42 filem tersebut, 25 daripadanya adalah filem berbahasa Melayu, 8 bahasa Mandarin, 7 bahasa Tamil dan 2 bahasa Kantonis. 

Selain menganjurkan 24 kategori untuk dipertandingkan, FFM30 kali ini turut menyediakan tiga anugerah yang tidak dipertandingkan iaitu Anugerah Penggiat Belakang Tabir, Anuerah karyawan Sepanjang Zaman dan Anugerah Filem Box-Office. 

Berikut adalah senarai 24 kategori yang dipertandingkan:- 

1. Filem Terbaik 

2. Pengarah Terbaik 

3. Cerita Asal Terbaik 

4. Lakon Layar Terbaik 

5. Penyunting Terbaik 

6. Sinematografi Terbaik 

7. Pelakon Lelaki Terbaik 

8. Pelakon Wanita Terbaik 

9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik 

10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik 

11. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik 

12. Pengarah Harapan 

13. Pelakon Lelaki Harapan 

14. Pelakon Wanita Harapan 

15. Skor Muzik Asal Terbaik 

16. Lagu Tema Terbaik 

17. Penataan Bunyi Terbaik 

18. Rekaan Kostum/Busana Terbaik 

19. Penataan Seni Terbaik 

20. Kesan Khas Terbaik 

21. Poster Terbaik 

22. Anugerah Khas Juri  1

23. Anugerah Khas Juri  2

24. Anugerah Khas Juri  3

Manakala ini pula senarai filem-filem yang layak bertanding:- 

1. Kau Takdirku

2. Pulang 

3. Tujuh Sumpahan Suri 

4. Two Sisters 

5. Polis Evo 2

6. Kutram Seiyal 

7. KL Special Force 

8. Munafik 2 

9. Gol & Gincu

10. Mrs K

11. Kl Wangan 

12. Tangisan Akinabalu 

13. The Spiral 

14. A House Of Happiness

15. Haunted Hotel 

16. Perangsang Rentap

17. Paskal 

18. Rise (Ini Kalilah) 

19. Bukan Cinta Malaikat

20. Aasan

21. The Kid From The Big Apple 2 : Before We Forget

22. Makrifat Cinta 

23. Pinjamkan Hatiku

24. Thirudathey Papa Thirudathey

25. Lee Chong Wei (Rise Of The Legend)

26. The Farm - En Veethu Thottahil

27. Sughamaai Subbulakshmi

28. Langsuir 

29. Dukun 

30. Hantu Kak Limah 

31. Busker 

32. Tombiruo 

33. Think Big Big 

34. Get Hard Tongkat Ali

35. Ppa Come Home 

36. Neeyum Naanum

37. Guang 

38. One Two Jaga 

39. Vedigundu Passange

40. Operasi X

41. Felina 

42. Surf This Love 

FFM30 dianjurkan Perbanadan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjsama Persatuan-Persatuan Perfileman Malaysia dan disokong Kementerian Komunikasi dan Multimedia.  

Manakala rakan-rakan strategik terdiri daripada Dorsett Hartamas, Golden Screen Cinemas, Pusat Kajian dan Apresiasi Malaysia, Aswara, Universtiti Malaysia Sabah dan  Universiti Malaysia Sarawak.