Jom Cuba Teater 4DX Pertama di GSC 1Utama!


Teater 4DX Pertama di GSC 1Utama


By n'geek

Menonton wayang dengan kesan bunyian yang hebat mungkin tidak cukup! Kini Golden Screen Cinemas, pawagam terkemuka Malaysia, melancarkan auditorium teater 4DX pertama di Lembah Klang, membawakan teknologi sinematik 4 terkemuka di dunia oleh CJ 4DPLEX Korea Selatan ke GSC 1Utama. 

Dengan teknologi ini, anda boleh menikmati pengalaman sinematik pelbagai deria yang disampaikan oleh sejumlah 20 gerakan signature dan kesan persekitaran.


Filem tidak lagi terhad kepada skrin. 4DX menarik anda ke dalam filem seolah-olah anda hidup di dalam dunia tersebut. Apa yang menariknya dengan teknologi 4DX ialah ia menyajikan pengalaman pawagam yang menyeronokkan di mana anda boleh mengalami keajaiban filem dengan menarik dan kesan mendalam seperti salji, hujan, gerakan, dan banyak lagi. 

Auditorium 4DX menggunakan kerusi yang membolehkan gerakan, yang menghasilkan getaran dan sensasi yang kuat, serta kawalan alam sekitar yang lain untuk simulasi cuaca atau keadaan lain, seperti kilat, hujan, kabus dan aroma yang kuat.

Tapi awas, ia mungkin akan menyebabkan pengguna mengalami kehilangan keseimbangan, sakit kepala atau pening dan dalam keadaan luar biasa, gejala seperti epilepsi. Bagi yang mengandung, tua, sensitif dari segi fizikal atau mental, anda tidak digalakan menggunakan auditorium 4DX.

Dengan teknologi 4DX, ia memberi peluang kepada para pengarah untuk mempamerkan filem dengan cara apa yang perlu mereka rasai. Terdapat beberapa pengalaman dalam teater 4DX yang begitu berbeza sehingga ia tidak dapat direplikasi oleh pawagam tradisional. 

Ia mengubah paradigma filem bagi penonton yang sebelum ini hanya menonton sahaja kepada merasai keterujaan seperti terbabit dalam filem tersebut melalui gerakan dan kesan yang disajikan.

Untuk bulan Mac ini, anda boleh menonton Captain Marvel dan rasai sendiri keterujaan teater 4DX ini. Harga tiket adalah RM17.00 tetapi kalau untuk tayangan sebelum pukul 12 tengahari, harganya hanya RM11.00 sahaja. 

Jadi apa tunggu lagi, jom kita ke GSC 1 Utama merasai pengalaman teater 4DX! Untuk maklumat lanjut, log masuk ke www.gsc.com.my