Rumahtangga Rashidi Ishak- Vanidah Imran Tumbang, Sah Bercerai 9 Ogos 2018


Rashidi Ishak & Vanidah Imran


Senantiasa digelar pasangan selebriti yang paling utuh dan bahagia kerana bijak menjaga keharmonian rumahtangga mereka, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran bagaimanapun tewas serta tidak mampu mempertahankan cinta mereka mereka daripada dilanda badai. 

Akhirnya selepas menyimpan kisah perceraian mereka daripada perhatian umum selama hampir setahun, Rashidi menerusi posting instagramnya petang tadi telah memaklumkan bahawa mereka sebenarnya telah bercerai pada 9 Ogos tahun lalu.

"Pada 9 Ogos 2018, saya dan Vanidah telah memfailkan pembubaran perkahwinan kami. Dan secara rasminya di hadapan hakim Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, kami telah menganhkhiri hubungan selama 17 tahun dengan rasa hormat dan saling mengerti," katanya. 

Menurutnya Rashidi lagi,  tidak berniat untuk merahsia perkara itu darioada pengetahuan semua. Namun, dia terpaksa berbuat demikian untuk melindungi keluardan dan rakan-rakan serta menghormati perasaan, kehidupan serta privasi keluarga di kedua-dua belah pihak. 



"Saya memohon maaf kerana menyimpan perkara dan berita ini daripada pengetahuan semua. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami. Lebih-lebih lagi sokongan terjadap Vanidah Imran," katanya. 

Rashidi juga mengakui bahawa punca rumahtangga mereka gagal diselamatkan adalah kerana kegagalannya menjadi seorang imam (ketua keluarga) yang baik. 

"Petandbiran yang gagal di dalam mana-mana institusi adalah disebabkan kepimpinan yang lemah serta kurang cekap. Ia didorong oleh rasa tidak puas hati yang berpanjangan serta berasa ditindas. Dan perubahan adalah apa yang mereka inginkan. Dalam perkahwinan, keruntuhan pasangan, kesalahannya memang terletak di bahu Imam," katanya. 

Dalam hal ini, Rashidi menyatakan bahawa dia seorang Imam yang baik.