Vokal Power Ning, Jaclyn, Alyah, Ernie Bakal Gegarkan FFM30


Ning Baizura. Jaclyn Victor, Datin Alyah, Ernie Zakri


Malam Kemuncak Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) yang mempertandingkan sebanyak 24 kategori menerusi jumlah 42 filem yang layak bertanding bakal berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen, Antarabangsa pada 30 Mac ini, bemrmula jam 9 malam. 

Menariknya, ia bakal dikendalikan dua hos yang berpengalaman iaitu Nabil dan Adibah Noor. Mungkin ramai yang mempersoalkan keserasian mereka, namun ia sebenarnya adalah satu kombinasi yang cukup menarik. 

Nabil gila-gila dan adakalanya tidak dapat dikawal, manakala Adibah Noor yang tidak kurang kelakarnya pula lebih memahami protokol bagi majlis anugerah yang sebegini berdasarkan pengalamannya mengendalikan malam kemuncak Anugerah Industri Muzik (AIM) suatu ketika dahulu. 

Maka, gabungan mereka sebenarnya cukup tepat dan sesuai untuk malam kemuncak FFM30 nanti. 

FFM30 juga turut menampilkan barisan penyampai anugerah yang hebat dan mungkin dinanti-nantikan semua. Misalnya Pekin Ibrahim yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, Maya Karin yang sibuk dengan tugas-tugasnya sebagai duta alam sekitar, Zul Ariffin yang baru-baru ini jatuh sakit serra Fauziah Dato' Ahmad Daud yang lantang bersuara tentang isu-isu melibatkan dunia penerbitan drama dan perfileman. 

Pastinya juga ramai yang ingin melihat aktor berkaliber Faizal Hussein. Apatah lagi, beliau elama ini tidak pernah diangkat sebagai penyampai trofi. 

Kemunculan Liyana Jasmay, Izzue Islam, Syafie Naswip, Datin Diana Danielle dan Fazura sebagai penyampai trofi juga menarik kerana mereka adalah pelapis industri perfileman kita dari segi lakonan. Begitu juga dengan pelakon yang berkarektor seperti Nasir Bilal Khan, Namron serta Sangeetha Krishnasamy. 

Turut diangkat sebagai penyampai trofi FFM kali ini adalah karyawan seperti Afdlin Shauki, Fauziah Nawi, Erma Fatima, Aziz M osman, Datuk Hans Isaac, Hafsham, Datuk Yusof Haslam, Liew Seng Tat, U-Wei Hj Saari, Dr Syed Ahmad Faizal (Pacai) dan Datuk Norman Abdul Halim.