Remy Ishak Akui Putus Tunang Kerana Tak Sedia Berumahtangga


Remy Ishak dan Ezza Yusof sudah putus tunang sebulan lalu


By Syafiqah Azman

Pertunangan antara aktor Remy Ishak dan Ezza Yusof selama dua tahun itu telah disahkan putus sejak sebulan yang lalu. 

Selama menjadi tunangan orang, Remy, 36, sama sekali tidak pernah berkongsi sebarang cerita mengenai bakal isterinya kepada pihak media sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai status pasangan tersebut. Namun, segalanya sudah terjawab. 


Jejaka pujaan ramai yang pernah membintangi drama Pujaan Hati Kanda ini mendedahkan punca perpisahan mereka itu  bukan disebabkan orang ketiga sepertimana dakwaan sesetengah pihak.

Sebaliknya, Remy memberitahu bahawa ia berpuncar daripada dirinya sendiri yang mana  dia masih belum mampu untuk mendirikan rumah tangga. 

Ingat senang ke nak berumah tangga ni? Kahwin terus settle? Mana ada, tanggungjawab yang harus dipikul adalah besar ya. 

Menerusi satu laporan media tempatan, Remy menyatakan keputusan yang dibuat merupakan salah satu perkara yang sukar buat dirinya. 

“Keputusan ini saya buat dengan berat hati selepas mendapati saya masih belum mampu untuk menjaga orang lain dan mendirikan rumah tangga. Ini juga bukan sama sekali salah dia (Ezza) kerana dia merupakan seorang wanita yang baik,” jelasnya.