Bunkface Bawa ‘POP’ Ke Kampus


Kumpulan punk rock terkenal, Bunkface bawa album baru POP ke kampus


By Syafiqah Azman

Sudah lama rasanya tak dengar cerita mengenai kumpulan punk rock popular ini. Difahamkan Bunkface baru sahaja keluarkan album baharu mereka berjudul ‘POP’. 

Ha Bunkers kat luar sana dah bersedia ke nak dengar album baru ni? Ke dah dengar dah di platform muzik digital seperti Spotify? Kalau belum, pergi dengar cepat! 


Kalau anda perasan, kelainan dalam album kali ini adalah lagu-lagu yang dibawakan oleh mereka ternyata mempunyai melodi dan bunyian yang baru jika dibandingkan dengan album sebelum ini.  

Ternyata kumpulan punk rock ini memang berani mati apabila  mengetengahkan genre Pop dalam album mereka kali ini. 

Kalau anda nak tahu, album POP ini sudah dilancarkan pada 10 Februari lalu dan album yang mempunyai 8 buah lagu ini membawakan empat buah lagu Bahasa Melayu dan empat lagi dalam Bahasa Inggeris. 

Nak tahu apa yang istimewa dalam album ini? Gandingan Datuk Jeffrydin bersama Caprice dan Bunkface dalam lagu ‘Apa Pun Tak Boleh’ merupakan highlight bagi album ini. Yelah lagenda pop yeh-yeh dengan kumpulan punk rock weh! Kool habis!

Selain itu, Bunkface turut berduet bersama Shila Amzah dalam lagu Bahasa Inggerisnya berjudul, 'Dance With Me'.