Sajat Masuk Hospital Kerana Penyakit Misteri?


Usahawan terkenal, Nur Sajat tidak sedarkan diri, terlantar di hospital


By Syafiqah Azman

Usahawan muda popular yang tidak lari dari gosip, Nur Sajat difahamkan kini sedang berada di hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana satu penyakit misteri. 

Penyakit misteri apa pula ni? Semoga Sajat baik-baik sahaja. 


Menerusi akaun Instagram milik Sajat, pembantu peribadi dengan nama @mokayy_ yang mengendalikan akaun usahawan tersebut memuat naik sebuah video dan memohon orang ramai mendoakan keadaan Sajat. 

“Doakan yang terbaik buat bos saya Nur Sajat. Sekarang dia dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri,” tulisnya menerusi satu kapsyen. 

Tambahnya lagi, dia mewakili team Nur Sajat mendoakan agar bosnya kembali cepat sembuh dari penyakit misteri yang dihidapinya itu. 

Sementara itu, video tersebut menunjukkan Sajat terlantar di hospital dengan memakai alat bantuan pernafasan. 


Manakala, menerusi ruangan komen di Instagram milik pembantu peribadi Sajat, @mokayy_ menyatakan bahawa Sajat telah pengsan dan kemudian tidak sedarkan diri. 

Rata-rata netizen ingin tahu mengenai penyakit misteri yang dihidapi Sajat dan tidak ketinggalan juga ada yang mendoakan supaya pemilik Nur Sajat Gold itu dapat kembali pulih seperti biasa. 


Rakan-rakan artis dan selebriti seperti isteri kepada pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Shahida Rashid, Safiey Illias dan juga Lucinta Luna turut prihatin terhadap keadaan Sajat dan bertanyakan mengenai perkembangan dirinya  serta mendoakan kesihatan Sajat. 

Apa pun, kita doakan semoga Nur Sajat kembali sihat seperti biasa dan dapat menjelaskan penyakit misteri yang dihidapinya. Insha Allah.