Putera Mateen Tunjuk Skil Ala Paskal atau Ala PUBG?


Putera Mateen


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa putera keempat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan bekas isteri keduanya, Puan Mariam Abzul Aziz iaitu Putera Abdul Mateen adalah salah seorang pegawai dalam pasukan askar Brunei Darussalam yang memegang jawatan Leftenan Kedua. 

Dalam posting terbarunya, Putera Mateen telah berkongsi detik-detik sewaktu dia membuat latihan skuad ketenteraan iaitu daripada 'ambushed' lokasi musuh sehinggalah turun menggunakan tali untuk turun dari atas helikopter untuk mendarat secara kecemasan. 


Posting-poisting dengan lagak ngeri itu membuatkan warganet berasa tidak keruan dan mengharapkan agak Putera Mateen akan selamat daripada sebarang kemalangan atau kecederaan. Ada juga yang tidak habis-habis memuji Putera Mateen kerana dua benar-benar kelihatan kacak dengan uniform skuad komando tersebut. 



 Ada juga yang mengaitkan aksi-aksi lagak ngerinya itu dengan filem Paskal. Tidak kurang juga yang menganggap apa yang dilakukan Putera Mateen adalah disebabkan pengaruh games PUBG. 


Amboi... macam-macam betul komen warganet nih. Terhibur pulak team Youth Connect membacanya. Apapun, daripada posting-posting yang dimuat naik tersebut, jelaslah bahawa putera diraja Brunei ini  benar-benar serius dengan penglibatannya dalam dunia ketenteraan. 

Jangan ingin latihan kententeraan sebegini adalah mudah macam main games PUBG. Walaupun sekadar latihan, namun cabarannya lebih kurang macam berada di medan perang.