Hasad Dengki Manusia Buat Nur Sajat Sakit?


Nur Sajat kini semakin pulih dan telah pulang ke rumah


By Syafiqah Azman

Setelah lebih kurang dua hari berada di hospital, usahawan kosmetik, Nur Sajat sudah dibenarkan pulang ke rumah apabila kesihatannya semakin pulih. 


Menerusi laman sosial Instagram Sajat yang dikendalikan oleh pembantu peribadinya @mokayy_, satu video telah dimuat naik menunjukkan usahawan tersebut terlantar di atas katil bersama ahli keluarganya di sisi. 

“Alhamdulilah, berkat doa keluarga dan semua, Nur Sajat semakin pulih. Sekarang Nur Sajat dijaga rapi oleh keluarga,” tulis pembantu peribadi menerusi kapsyen video tersebut. 

Sementara itu, pembantu peribadi Sajat turut memohon orang ramai supaya terus mendoakan kesihatan Sajat agar  kembali sihat dan pulih seperti biasa. 

Dalam pada itu, ibu kepada Nur Sajat turut menyatakan bahawa akibat sikap dengki orang membuatkan anaknya terlantar di katil sebegitu rupa. 

“Biasa la orang dengki, tapi kita tak mahu tuduh sesiapa dan Sajat perlukan rehat yang secukupnya,” jelas ibu kepada pemilik usahawan kosmetik itu, 

Zaman sekarang pun ada lagi ya orang yang dengki dengan kejayaan orang lain. Pelik betul. Jika benar, Sajat sakit kerana buatan orang, biarlah Allah SWT yang membalasnya nanti. 

Sebelum ini, pembantu peribadi Sajat menyatakan bahawa Sajat tidak sedarkan diri dan terlantar di hospital setelah jatuh pengsan.  

BACA: Sajat Masuk Hospital Kerana Penyakit Misteri? 

Bagi orang ramai di luar sana, doakan supaya Sajat cepat sembuh dan dapat bekerja seperti biasa semula. Dan buanglah sikap hasad dengki terhadap sesama manusia ya?