20 Karekteristik ini Mampu Buatkan Anda Faham Siapa Aries!


Mereka yang berbintang Aries


Mereka yang lahir di bawah zodiak Aries adakalanya terkait dengan reputasi yang buruk apabila dianggap sebagai seorang yang kurang ajar dan sentiasa mahu mencetuskan konflik.

Namun, di sebalik itu semua, ada banyak sebenarnya karekteristik mengenai Aris yang tersembunyi selain daripada dianggap konfrantatif sepanjang masa. 

Untuk memberikan anda pemahaman yang jelas tentang mereka yang berbintang Aries ini, Youth Connect menyenaraikan 20 karekteristik sebenar mereka yang perlu ada ketahui. 


1. Seorang pemimpin semulajadi 

Aries memiliki sikap kepimpinan yang semulajadi dan mereka bijak menangani situasi dan mampu memimpin pasukan mereka untuk meraih kejayaan. Mereka mengambil posisi sebagai pemimpin dengan penuh kuasa dan selalunya sangat dihormati orang-orang bawahan mereka. 

2. Tiada istilah takut 

Mereka dikenali sebagai zodiak yang paling berani di antara zodiak yang sedia ada. Tiada istilah takut di dalam kamus hidup mereka. Tidak gentar juga berhadapan dengan tekanan atau cabaran. Malah, mereka sangat berani mengambil cabaran dan bijak menangani apa jua kepayahan yangd dilalui. 

 3. Sukar diramal 

Mereka memang sukar diramal dan seringkali bersikap spontan dalam beberapa hal. Hidup bersama Aries memang tidak pernah membosankan kerana mereka bijak mencampur-aduk perkera-perkara baharu untuk menjadikan ia  menarik. 

 4. Sangat rebel

Terlalu berdikari menyebabkan mereka sangat rebel dan tidak gemar diberitahu apa yang mereka patut lakukan. Mereka hanya ingin lakukan sesuatu perkara mengikut cara mereka sendiri. 

5. Sangat straight-forward 

Mereka sangat jujur dan sentiasa bercakap straight-forward. Mereka juga tidak akan bercakap belakang tentang kamu. Mereka juga tidak suka mendengar orang bercakap belakang tentang kamu. 

6. Setia Gila 

 Jika Aries memberikan kesetiaan buat anda mereka akan setia tanpa berbelah bahagi. Mereka akan sentiasa bersama dengan kamu sampai ke akhirnya wakaupun di saat-saat yang sukar. 

7. Gemar mengeluarkan pendapat 

Aries tidak takut untuk mengeluarkan hujah, pandangan atau pendapat mereka dan mereka akan memastikan suara mereka didengar. Tiada siapa yang mampu menghalang mereka untuk bersuara. 

8. Aries mampu menjadi seorang yang baik atau mimpi ngeri kamu 

Usah mencetuskan konflik atau pertelingkahan dengan mereka. Ia hanya akan memburukkan keadaan dan mereka tidak akan menghormati kamu. Jika kamu cuba untuk tikam mereka dari belakang, kamu pasti tidak akan terlepas daripada balasannya. 

9. Gemar bersaing 

Mereka tidak suka kalah dan tidak suka mengalah. Usah cabar mereka. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menang. Mereka memang pesaing yang hebat. 

10. Sangat sensitif 

Biarpun mereka kelihatan kuat, namun percayalah Aries adalah seorang yang sangat sensitif lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan hati. Jika mereka sangat rapu dan perlukan masa yang panjang untuk 'move on'. 

11. Kurang Sabar dan tidak suka menunggu 

Jangan biarkan mereka tertunggu-tunggu kerana mereka tidak punya kesabaran yang tinggi. Mereka juga mudah frust jika kamu cuba perlahankan mereka. 

12. Mereka sangar menyeronokkan 

Ramai yang gemar meluangkan masa dengan Aries kerana mereka adalah golongan yang sangat menyeronokkan. Mereka sangat energetik dan penuh semangat dan sifat -sifat ini mampu mengubah suasana yang bosan kepada suasana yang havok dan meriah. 

13. Tidak gemar rutin yang sama 

Disebabkan terlalu energetik, mereka akan kurang gemar berhadapan dengan rutin yang sama dan berulang-ulang. Bagi mereka, ia sangat membosankan. 

 14. Mudah naik angin

Mereka tidak mampu menyembunyi sikap amarah mereka dan cepat naik angin apabila frust dengan sesuatu hal. Tapi, mereka juga cepat cool down. 

15. Berani lakukan perubahan 

Aries seorang yang berani mengambil risiko dan atas sebab itu mereka tidak takut melakukan perubahan untuk pastikan mereka sentiasa berjaya mencapai matlamat mereka. 

16. Tidak gemar meratapi kesilapan 

 Aries tidak punya masa untuk meratapi kesilapan yang mereka lakukan. Mereka percaya bahawa adakalanya kesilapan tidka dapat dielakkan. Meratap tidak akan mengubah apa-apa. 

17. Tidak gemar manusia negatif 

Berurusan dengan manusia yang berfikiran negatif yang hanya tahu mengkritik dan merendah-rendahkan idea orang lain adalah antara perkara yang mampu membuatkan mereka berasa frust. Mereka lebih gemar dikelilingi orang-orang yang positif dan sentiasa mampu melakukan sesuatu perkara itu biarpun ia kedengaran mustahil. 

18. Sentiasa mencetuskan inpirasi 

Semangat mereka yang cukup optimistik di dalam Aries sentiasa mencetuskan inspirasi dan motivasi buat orang-orang yang berada di keliling mereka. 

19. Mereka jatuh cinta dengan teruk 

Apabila mereka jatuh cinta, mereka jatuh cinta dengan teruk sekali. Mereka sangat setia terhadap pasangan mereka dan mereka akan bersungguh-sungguh mendalami cinta mereka.

20. Pemurah dan sentiasa mengingati  

Sungguh dilihat sebagai seorang yang kurang ajar, namun mereka adalah sangat pemurah dan sentiasa ingat pada orang ;ain terutama yang dekat dengan mereka dan yang mereka sayang. Mereka akan berikan apa sahaja untuk membuatkan orang tersayang mereka gembira.