Nelydia Senrose Kahwin Minggu Hadapan?


Nelydia Senrose difahamkan bakal kahwin minggu hadapan


By Syafiqah Azman

Kurang dari dua minggu lagi aktres jelita ini bakal menamatkan zaman bujangnya. Tapi betul ke Nelydia Senrose akan berkahwin pada minggu pertama April? 

Seperti yang kita tahu sendiri, Nelydia memang memilih untuk merahsiakan hari pernikahannya. Mungkin Nelydia mahu sedikit privasi untuk bersama keluarga terdekat sahaja? Kita tidak tahu. 

Tetapi menerusi laporan media tempatan, Harian Metro, difahamkan satu entri daripada Cik Pang menyatakan bahawa Nelydia atau nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 24, akan bernikah pada minggu hadapan bersama kekasih hatinya, Hafiz. 

Jika benar bintang popular bagi drama Lafazkan Kalimah Cintamu ini bakal melayari bahtera perkahwinan tidak lama lagi, orang ramai akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat pasangan ini. 

Bagaimanapun, kita tunggu sahaja kenyataan sebenar dari empunya badan sendiri, betul tak? 

Terdahulu, Nelydia berkongsikan berita gembira mengenai keputusannya ingin berkahwin di laman sosial Twitter pada 3 Mac yang lalu. 

BACA: Nelydia Senrose Bakal Kahwin Tahun Ini

Berita tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan rata-rata mengucapkan tahniah buat pelakon jelita bak bidadari itu. 

Apa-apa pun, tahniah diucapkan buat Nelydia dan Hafiz. Semoga berbahagia hingga ke Jannah dan dikurniakan zuriat yang sihat. Insha Allah.