Minum Dalam Bekas Tin Susu, Trend Pelik?


Minum dalam bekas tin susu kembali tular


By Syafiqah Azman

Baru-baru ini timeline media sosial dikejutkan dengan satu posting menarik mengenai minuman daripada bekas tin susu. Malah, berita makan nasi kukus di dalam tin susu juga pernah bertebaran sebelum ini

Kecoh mengenai isu tersebut, banyak pihak memberi komen tentang kebersihan dan juga keselamatan pengguna yang mengunjungi sebuah kedai yang menjual minuman di dalam tin susu di kawasan Lembha Klang. Macam macam pula idea penjual sekarang untuk menjadikan kedai mereka tampak ‘rare’ dan ‘hipster’ ini. 

Tidak kurang juga ada yang mengatakan penjual tersebut hanya menggunakan bekas tin susu sekali sahaja dan terus buang selepas itu. Ada yang berpendapat bahawa trend yang dikatakan ‘rare’ ini sudah wujud sejak bertahun yang lalu ketika mereka masih kecil di warung warung kampung dan ia ternyata selamat digunakan.

"Masa aku kecik, dekat warung kampung, pakcik-pakcik nelayan tempat aku kalau order teh mesti dia suruh buat dalam tin susu. Arwah tok aku pun sama, suka minum the dalam tin susu ni. Setakat ni aku belum pernah tengok kes mulut koyak minum dalam tin susu ni," kata salah seorang pengguna sosial media, 

Apakah pandangan anda tentang isu viral ini? Adakah ia selamat atau boleh membahayakan pengguna? Atau ini boleh dikatakan ‘trend’ pelik masa kini seperti suatu ketika dulu yang makan beralaskan pampers bayi? Kongsi pandangan anda di bawah.