Bintang Terkenal, Ben Affleck Kagum Terhadap Ammar Alfian Dalam Filem Paskal


Pelakon filem Paskal, Ammar Alfian menemu bual barisan pelakon 'Triple Frontier'


By Syafiqah Azman

Siapa dah tonton filem aksi thriller dari Netflix arahan J. C. Chandor? Memang gempak lagi-lagi apabila dilakonkan oleh barisan pelakon yang hebat antaranya Ben Affleck, Charlie Hunnam, Garett Hedlund, Oscar Isaac dan juga Pedro Pascal. 

Tetapi hari ini kita bukan nak cerita mengenai filem tersebut. Ha kalau anda mengikuti perkembangan salah satu aktor filem Paskal iaitu Ammar Alfian sudah pasti anda tahu apa yang kami ingin kongsikan! 


Pada Jumaat lalu, Ammar berkesempatan menemu bual barisan pelakon utama ‘Triple Frontier’ iaitu Ben Affleck, Charlie Hunnam dan juga Garrett Hedlund di Singapura bagi satu sesi media bersama mereka. Dapat jumpa depan-depan weh! Untung gila! 

Tetapi apa yang menariknya, dalam salah satu perkongsian video yang dikongsikan Ammar menerusi Instagram, ternyata Ben Affleck sangat mengagumi latihan yang dilakukan oleh Ammar dalam salah satu filemnya iaitu Paskal. 

Menerusi klip video tersebut, Ben bertanyakan kepada Ammar mengenai persediaan yang dibuat untuk filem-filem aksi sebegini terutamanya di dalam Malaysia. 


“We had two months of training, swimming training, tactical training and then fight training as well. We had to stay in a camp for two months,” jelas Ammar kepada barisan pelakon tersebut. 

Ben yang merupakan salah satu bintang terkenal bagi filem DC Comics iaitu Batman vs Superman ternyata sangat mengagumi perkara tersebut dan menyatakan bahawa persediaan tersebut seperti berada di dalam kem tentera. 

“That’s like really being in the military,” jelas Ben kepada Ammar. 

Ha macam mana, bangga tak dengan usaha yang telah dilakukan oleh barisan pelakon tempatan kita? Ingat mudah untuk berlakon dalam filem aksi? Ia memerlukan satu latihan yang panjang untuk kelihatan bukan sahaja ‘fit’ malah bersesuaian dengan watak yang dibawa. 

Jadi, kita sebagai warga Malaysia seharusnya berbangga dengan filem-filem tempatan dan menghargai usaha yang telah dilakukan oleh barisan pelakon filem berkenaan. Teruskan usaha anda dalam menyokong filem-filem tempatan! 

Bagi mereka yang belum lagi tonton filem ‘Triple Frontier’ ataupun Paskal, anda boleh menonton kedua-dua filem tersebut di aplikasi Netflix sekarang!