Aliff Aziz Padam Gambar Bella Astillah di Instagram, Apa Kes?


Aliff Aziz padam kesemua foto isteri, Bella Astillah di Instagram


By Syafiqah Azman

Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz difahamkan telah memadam kesemua foto isterinya, Bella Astillah di laman sosial Instagram miliknya. 

Kenapa pula tu? Ada apa-apa yang terjadi ke? 

Tindakan memadam foto isterinya itu menimbulkan tanda tanya terutama sekali di kalangan warga net apabila rata-rata menyoalkan perkara tersebut. 



Sementara itu, di Instagram milik Bella pula masih lagi ada fotonya bersama Aliff yang dimuat naik pada 15 Febuari lalu bersempena hari lahir Aliff yang ke 28. 

Terdahulu, pelakon drama Sejuta Rasa Buat Adelia ini didakwa curang bersama pelakon baru, Oktovia Manrose apabila beberapa orang ternampak dia berdua-duaan di dalam sebuah kelab malam terkenal di Kuala Lumpur. 

BACA: "Aliff buat hal lagi....." - Bella Astillah

Bagaimanapun, kedua-duanya telah memohon maaf dan mengakui kesalahan mereka. 

Apa pun janganlah kita buat sebarang andaian dan doakan sahaja yang terbaik buat mereka berdua.