Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal Berjaya Raih RM5.3 Juta


Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal mendapat respon baik dari penonton


By Syafiqah Azman

Filem animasi kanak-kanak terbaru dari Les’ Copaque, Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal berjaya meraih RM5.3 juta dalam tempoh masa empat hari pertama tayangan sejak Khamis yang lalu. Tahniah buat Les’ Copaque! 


Siapa yang dah tonton filem tersebut? Pergi tonton, bawa adik, keluarga semua sekali. Memang tak rugi! 

Kalau anda nak tahu, filem kali ini telah menelan perbelanjaan sebanyak RM20 juta dan mengambil masa selama 5 tahun bagi menyiapkannya. Memang cukup lama, yela sudah pasti mereka inginkan yang terbaik daripada filem terdahulu iaitu Geng: Misteri Hantu Durian. 

Walaupun telah dicemari dengan insiden ‘curi rakam’ oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab, Penerbit dan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Md Radzi merayu agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi. 


Betul la, penat orang kerah otak untuk mendapat idea dan habis berjuta-juta, tetapi senang-senang pergi rakam di dalam pawagam dan muat naik di laman sosial. Tak tahu ke nanti boleh dikenakan tindakan? 

Selain daripada kos perbelanjaan yang tinggi itu, filem animasi terbitan Les’ Copaque ini turut membabitkan 100 peratus kepakaran anak tempatan kita. Bangga tak? 

Anda ingat lagi dengan pemilik suara Upin dan Ipin? Mula-mula ingat dua orang lelaki? Rupanya, perempuan dan seorang sahaja! Asyiela Puteri, 18,  merupakan pelakon suara bagi watak Upin Ipin sejak musim ke empat sehingga sekarang. Cuba lihat video yang dikongsikan oleh Shuib Sepahtu ni! 


Selain daripada itu, filem animasi tempatan ini juga akan ditayangkan di beberapa buah negara seperti Brunei, Singapura, Indonesia dan juga Filipina. Hebat betul kan? Betul betul betul! 

Jadi tunggu apa lagi? Bawa sekali mak, ayah, atok, nenek untuk tonton filem animasi Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal! Ini bukan sahaja filem animasi kanak-kanak, malah untuk seisi keluarga juga! 

Dan pesanan buat bakal penonton di luar sana, jangan rakam sebarang video di dalam pawagam ya!