Wajah Deepika Pandukone Cacat, Kena Serangan Simbahan Asid!


Deepika Pandukone


Siapa yang tidak kenal dengan aktres Bollywood Deepika Pandukone yang juga isteri kepada aktor kacak Ranveer Singh. Selain memiliki wajah yang cantik dan jelita, bekas model yang kini aktif berlakon itu juga turut dikenali sebagai seorang pelakon yang berkaliber. 

Namun, warganet dan fans Bollywood terkejut apabila menatap gambar terbarunya. Mereka hampir tidak kenal wanita itu adalah Deepika Pandukone dan tidak percaya wajah Deepika kini sudah pun berubah menjadi cacat. 

Dalam satu laporan akhbar di India, Deepika Pandukone telah menjadi mangsa serangan simbahan asid indvidu yang tidak bertanggungjawab. Akibat daripada simbahan asid itu, wajah Deepina Pandukone kini berbekas dengan parut dan kesan pengelupasan. 

Ternyata ia adalah watak baru yang dijayakan Deepika Pandukone di dalam filem terbarunya, Chhapaak yang bakal diluncurkan di pawagam India dalam masa terdekat ini. 

Chhapaak yang bermaksud simbbahan dihasilkan berdasarkan kisah benar Laxmi Agarwal iaitu mangsa serangan simbahan asid di India pada 2015. Dia menjadi mangsa serangan tersebut pada usia 15 tahun hanya semata-mata kerana menolak lamaran lelaki yang dua kali ganda lebih usia daripadanya untuk berkahwin. 

Ini adalah kali pertama, sinema India arus perdana mengangkat isu mengenai serangan asid. Ramai yang tidak sabar menyaksikan Deepika membawakan watak ini. lebih-lebih lagi setelah melihat perubahan wajah baru Deepika yang cacat. 

Suaminya Ranveer Singh juga turut melahirkan rasa teruja. Dia berpendapat bahawa filem yang bakal dibawakan Deepika itu memiliki prospek yang hebat. 

"Saya bangga dengan kamu sayang. Saya cintakan kamu. Buktikan pada mereka," katanya.