Viral tarian Kabhi Khusi Kabhi Gham versi pokok kelapa!


Parodi yang dimuat naik ke laman Youtube - Video oleh The Gelas


By Nadhirah Sofea Rashid

Siapa je yang tak pernah tengok filem Kabhi Khusi Kabhie Gham?

Mesti ramai yang pernah tengok kan? Bukan pernah tengok je, bahkan tengok berkali-kali tanpa rasa jemu!

Setiap kali pada musim perayaan mesti ada punya filem-filem popular hindustan ditayangkan di tv.

Ha siapa ingat bila Kabhi Khushi Kabhie Gham ditayangkan?

Jawapannya tahun 2001. Sudah 18 tahun sejak filem ini ditayangkan dan ia masih ada dihati peminat di seluruh dunia.

Bukan tu saja, hampir semua pelakon dalam filem itu dikenali. 

Antaranya Shah Rukh Khan, Kajol, Amitabh Bachan dan ramai lagi.

Lagu-lagu dalam filem ini tidak kurang hebatnya, ada yang sampai dah hafal tarian dan lirik lagu.

Seperti yang viral di Instagram, sekumpulan warga Indonesia membuat parodi lagu yang cukup popular dalam filem iaitu Bole Chudiyan. 

Pasti ramai yang tahu lagu ni kan?!



Kalau ikut filem sebenar, pelakon menari dalam rumah yang gah. Yang lucunya video mereka ini kelilingi pokok kelapa.

Ha, pembaca boleh nilai sendiri dengan tengok video asal di bawah.