Kantoi Curang Kali Ketiga, Punca Aliff Aziz Padam Gambar Bella Astillah


Bella Astillah bersuara apabila ada dakwaan menyatakan dia menghalau Aliff Aziz dari rumah


By Syafiqah Azman

Tidak sampai sebulan Aliff Aziz berlaku curang terhadap isterinya Bella Astilah, timbul lagi satu lagi dakwaan apabila ada beberapa ‘mata’ yang nampak kelibat penyanyi dan pelakon Malaysia kelahiran Singapura tersebut keluar bersama seorang wanita di Johor Bahru. 

Menerusi akaun Instagram Bella Astillah, satu entri telah dimuat naik di ruangan story menafikan bahawa dia telah menghalau suaminya itu. 


“Berhenti beritahu orang saya halau awak,” tulisnya. 

Tambah Bella lagi, keluarga mertuanya sendiri tahu bahawa Aliff sama sekali bukan dihalau oleh Bella dan Aliff sendiri sudah lama tidak pulang ke rumah. 

Dalam pada masa yang sama, Bella turut memuat naik satu paparan skrin mesej daripada seorang individu yang menyatakan pihak berkenaan ternampak Aliff bersama seorang wanita. 

“Ada seorang perempuan bersama dia malam semalam dan kawan I tak sempat nak ambil gambar sebab terlampau nervous semalam,” tulis individu terbabit. 

Bella turut mendoakan bahawa satu hari nanti suaminya akan berubah dan meninggalkan pesanan menyatakan keseronokan di dunia ini hanya sementara. 


Lepas satu- satu badai yang melanda bahtera perkahwinan pasangan ini, semangat Bella tetap teguh untuk  teruskan hidupnya sebagai seorang ibu kepada cahaya mata tunggal mereka bernama Ayden Ardean yang kini berusia setahun 8 bulan. 

Apa la nak jadi ya? Ingat nak seronok sahaja pun tak boleh juga. Kalau betul la sudah tiada punya hati dan perasaan, lepaskan dengan cara elok, bukan buat sebegini rupa. 

Mungkin segala persoalan tentang tindakan Aliff sendiri memadam kesemua foto isterinya di Instagram sudah pun terjawab. 

Sebulan yang lalu, Aliff didakwa curang bersama seorang pelakon baru, Oktovia Manrose apabila mereka dilihat berdua-duaan di sebuah kelab malam terkenal di Kuala Lumpur. Namun, kedua-duanya sudahpun membuat permohonan maaf. 

Bagaimanapun, kita tunggu sahajalah kenyataan daripada empunya badan. Mungkin ada lagi sesi permohonan maaf dari Aliff sendiri. Dah macam drama berepisod dalam Slot Akasia pula ya! 

Apa pun, buat Bella sendiri, sebagai perempuan dan ibu, semoga tabah dan ketahuilah wanita memang dilahirkan sebagai seorang yang kuat bukan kepada fizikal, tetapi mentalnya. Semoga Bella terus kuat!