10 Cara Semula Jadi Untuk Rawat Ketiak Hitam


Gambar Hiasan: Ketiak


By ienaeliena

Ketiak merupakan salah satu bahagian yang paling penting terutamanya untuk kaum wanita. Masalah ketiak hitam merupakan masalah yang sering dihadapi terutamanya buat mereka yang mempunyai bulu ketiak yang lebat. Bulu ketiak yang lebat juga menjadi punca ketiak hitam.

Selain itu faktor lain yang menyebabkan ketiak menjadi hitam juga adalah pemilihan deodoran yang salah, teknik mencukur bulu yang salah , pemakaian bedak, peluh  dan lain-lain lagi. Sekiranya anda mempunyai masalah ketiak hitam, anda boleh lakukan cara di bawah untuk merawat masalah tersebut secara semulajadi tanpa memerlukan modal yang besar.

1. Epal



Epal merupakan sejenis buah yang mengandungi asid yang boleh membunuh bakteria, kuman, kesan hitam dan bau pada ketiak kita.

Cara-cara: 

Racik atau hiris buah epal secara halus dan gosokkan hirisan tersebut pada ketiak anda. Ulang tip ini 3kali seminggu dan dengan konsisten untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

2. Kunyit


Kunyit dikatakan dapat membantu menghilangkan pigmentasi dan memulihkan masalah kulit.

Cara-cara: 

Ambil serbuk kunyit dan lumurkan ke ketiak anda. Untuk kesanlebih efektif, gunakan kunyit hidup tetapi ia hanya sesuai untuk anda yang tidak memakai baju tanpa lengan kerana warna kunyit hidup ini memakan masa untuk hilang. Walaubagaimanapun keannya amat bagus.

Selain daripada itu, anda juga boleh campurkan kunyit dan susu untuk mendapatkan hasil yang lebih bagus. Susu dan kunyit jugadapat membantu menghilangkan masalah bau ketiak.

3. Timun


Timun sering dijadikan sebagai masker wajah untuk melembapkan dan mencerahkan kulit. Tahukan anda Timun juga merupakan sayuran yang dapat membantu mencerahkan semula ketiak anda yang mengalami masalah hitam.

Cara-cara:

Potong halus timun dan lumurkan ke ketiak anda. Biarkan selama 30 minit dan bilas. Selain mencerahkan kulit, timun juga dapat melembapkan kulit ketiak anda.

4. Kulit jeruk atau limau 



Jangan menganggap kulit jeruk atau limau sebagai sisa atau sampah. Untuk pengetahuan, kulit jeruk mempunyai banyak manfaat untuk mengekalkan kecantikan kulit. Ianya mengandungi serat yang dapat membantu mencerahkan kulit ketiak.

Cara-cara :

Jemur kulit jeruk di bawah cahaya matahari sehingga kering. Tumbuk kulit jeruk itu sehingga menjadi serbuk dan campurkan sedikit air sebelum dilumurkan ke ketiak. Lumurkan diketiak, biarkan 30 minit dan bersihkan dengan air.

5. Minyak Kelapa