Dua Lipa Balas ‘Cinta’ Hael Hussaini?


Penyanyi Inggeris, Dua Lipa balas 'cinta' Hael Hussaini


By Syafiqah Azman

Penyanyi popular buat lagu Hajat yang pernah suatu ketika dahulu menjadi fenomena kerana tariannya sehingga digelar ‘Hajat Dance’ terkenal dengan sikapnya yang ‘happy go lucky’ dan lucu ini. 

Terbaru, Hael Hussaini telah membuat satu persembahan bersempena dengan ulangtahun ke-7 Lazada yang bertempat di Jakarta, Indonesia. Senang cerita memang ‘lit’ habis lah parti ulangtahun tersebut. 

Tapi bukan itu yang kita nak cerita di entri kali ini. Ha cuba teka apa? 

Menerusi laman sosial Instagram, Hael telah memuat naik satu klip video menunjukkan dirinya melaungkan ‘I love you’ kepada penyanyi popular Inggeris iaitu Dua Lipa. 


Apa yang menariknya adalah apabila Dua menyahut semula laungan itu dan memberi ‘flying kiss’ kepada Hael dan disambut olehnya. Ala-ala iklan ‘Fair & Lovely’ tu. 

Amboi, bukan main lagi. Beruntung betul ya Hael! Confirm tak boleh tidur malam, betul tak? 

Rata-rata netizen meninggalkan komen yang meminati kedua-dua penyanyi tersebut dan menyatakan kelucuan aksi tersebut.   


Difahamkan, penyanyi yang telah merangkul Grammy Award itu berkongsi pentas yang sama di Jakarta, Indonesia semalam bersama penyanyi yang lain seperti Agnes Monica, Ismail Izzani, Urboytj dan juga Nadine Lustre bagi menyambut ulangtahun Lazada secara besar-besaran. 

Apa pun, selamat ulangtahun ke-7 buat Lazada!