Ish... Mana Datangnya 'Nafkah Couple' Yang Tengah Viral Nih?


Couple pun boleh dapat nafkah


By Huzraifah Atikah

Bila bercakap mengenai nafkah, sudah pasti ramai yang tahu dan faham apa itu nafkah bukan? Akan tetapi kepada yang masih tidak tahu, nafkah adalah perbelanjaan dari segi wang tunai yang akan diberikan oleh para suami kepada isteri atau anak-anak di bawah tanggungannya. 

Disisi agama, hukum memberi nafkah bagi para suami kepada isteri dan anak-anak adalah wajib.

Ianya termasuklah menyediakan keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, keagamaan serta perubatan. 

Namun, oleh kerana setiap orang tidak sama kemampuannya maka nafkah tidak bersifat mutlak. 

Tapi, nak tahu apa yang kelakar mengenai nafkah?

Ha! Baru-baru ini viral di Twitter, terdapat trend golongan pasangan muda yang belum berkahwin untuk memberikan ‘nafkah couple’ kepada pasangannya. 


Trend ini memang merepak, kerana konsep 'nafkah couple’ atau kapel ini sama sahaja seperti nafkah suami isteri, yang mana akan diberi setiap bulan dan mengikut kemampuan. 

Hendak dijadikan cerita, terdapat beberapa gambar yang viral dan hangat diperbualkan di Twitter.  



Rata-rata riaksi netizen di Twitter terhadap gambar-gambar tersebut juga cukup menghiburkan. 

Apakan tidak, ramainya yang memerli pasangan yang berbuat demikian.


Namun begitu, tidak kurang juga netizen yang turut meminta ‘nafkah couple’ dari pasangan masing-masing. 


Tidak ketinggalan juga mereka yang masih single tetapi mengiginkan pasangan hanya untuk memberi dan mendapatkan 'nafkah couple'.


Macam-macamlah trend budak sekarang ni.

Apa-apa pun memang kelakar, tapi tidak dapat dipastikan sama ada benda ini adalah betul atau hanya sekadar gurauan semata-mata.