Afiq Muiz, Pachara Apin Sah Nikah


Pasangan selebriti, Afiq Muiz dan Pachara Apin sah bernikah


By Syafiqah Azman

Tidak menyangka dalam diam aktor bagi drama Jodoh-Jodoh Anissa iaitu Afiq Muzi  sudah pun bernikah. Berita gembira itu disahkan sendiri oelh Afiq  menerusi laman sosial Instagram miliknya sendiri. 

Menerusi Instagram, Afiq memuat naik beberapa foto menunjukkan gambar isterinya yang sah dan juga prosesnya menandatangani surat pernikahan. 


“Isteri saya Nur Aaira Mahdeya. Alhamdulilah,” tulisnya menerusi kapsyen foto tersebut. 

Mengikut laporan daripada media tempatan, mstar Online, Afiq atau nama sebenar Muhammad Afiz Muiz Azman, 26, berkongsi bahawa majlis pernikahan yang di Bangi, Selangor itu adalah satu majlis yang tertutup buat ahli keluarga terdekat kedua belah pihak. 

“Benar saya sudah bernikah pagi Selasa, selebihnya saya akan kongsi kan nanti kerana buat masa sekarang masa tidak sesuai,” jelasnya. 


Difahamkan isteri kepada Afiq ini merupakan seorang aktres baharu dan nama sebenarnya adalah Pachara Emmanuel Apin. 

Pachara, 28, yang merupakan orang kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini mungkin telah menganut agama Islam dan menukar namanya dengan Nur Aaira Mahdeya. Alhamdulilah. 

Tahniah buat Afiq dan pasangan, Aaira! Semoga kekal sehingga Jannah dan dikurniakan cahaya mata kelak. Insha Allah.