'Scammer' Menyamar Jadi Aaron Aziz, Tipu Artis?


Aaron Aziz pesan rakan artis supaya berwaspada dengan 'scammers'


By Syafiqah Azman

Dunia sekarang ni pelbagai karenah dan ragam manusia yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh menyusahkan sesetengah pihak. 

Salah satu yang menjadi mangsa adalah aktor, Aaron Aziz yang baru-baru ini dikatakan telah terkena apabila ada individu yang menyamar sebagai dirinya dan telah menghubungi beberapa orang artis dengan tujuan tertentu. 


Menerusi laman sosial Instagram, Aaron memuat naik satu video memberi amaran kepada rakan-rakan artis yang lain supaya tidak mempercayai individu terbabit. 

“Tolong berjaga-jaga dengan ‘scammer’ yang nak jadi diri saya. Berwaspada terhadap nombor telefon yang diakhiri dengan nombor 5627,” katanya dalam video tersebut. 

Tambahnya lagi, individu terbabit sudah pun menghubungi tiga artis melalui platform sosial media dan juga aplikasi Whatsapp. 

“Kepada mereka yang mengenali saya, saya tidak akan hubungi anda tanpa sebab,” jelas Aaron lagi. 

Aaron turut berpesan kepada individu tersebut supaya berhenti menipu orang ramai dengan menjadi diri sendiri dan lakukan perkara lain yang berfaedah. 

Sampai macam itu sekali ‘scammer’ ni ya? Ingat, kalau dengan cara menipu orang buat awak senang, tak mustahil satu hari nanti awak akan jatuh tergolek ya. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Ha tak begitu? 

Jadi ingat, kepada rakan-rakan artis di luar sana, berwaspada terhadap individu yang mengakui dirinya Aaron Aziz jika anda menerima panggilan daripada nombor terbabit, okay? 

Dunia moden dan canggih macam sekarang ni memang bahaya. Jadi, kita sebagai pengguna seharusnya bijak dan berwaspada.