Majlis Berinai Fasha Sandha Meriah Macam Resepsi Kahwin!


Fasha Sandha di majlis berinainya


Ibarat resepsi perkahwinan, begitulah meriahnya suasana majlis berinai pelakon jelita Fasha Sandha yang telah berlangsung di The Love @ MaTIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, malam tadi. 

Mengenakan persalinan ala Puteri Perak rekaan Busana Kebaya Bangsar berona ungu, Fasha Sandha benar-benar kelihatan bagaiman seorang puteri pada majlis yang cukup bermakna itu.  Lebih menarik apabila, majlis berinai itu turut pada jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-35 tahun. 


"Insya Allah, hari lahir yang akan diingati kerana serentak dengan malam berinai saya. Ini merupakan kali pertama saya diraikan di majlis berinai.

"Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih diatas semua doa-doa yang diberikan.  Ucapan setinggi-tinggi  penghargaan buat semua yang hadir di majlis kami. Mohon ampun di atas kekurangan yang ada," katanya Fasha di dalam entri instagramnya. 


Sementara itu, tunang Fasha yang juga bakal suaminya dalam masa terdekat ini iaitu Mohd Aidil Aziz atau lebih mesra disapa sebagai Pak Ngah memberitahu bahawa majlis inai Fasha telah berlangsung dengan sempurna serta turut diraikan keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.

"Jadi di kesempatan ini, kami turut selitkan sekali kejutan untuk meraikan hari jadi Fasha. Semoga hari jadi bakal isteri saya pada tahun ini membawa sinar yang baru di dalam hidup beliau disamping keluarga baru," katanya  pula di dalam enri instagramnya sendiri.