"Memang Benar Aku Mencintaimu..." - Ini Ucapan Sweet Aidil Buat Fasha


Aidil Aziz dan Fasha Sandha


Amboi...Memang mendalam sungguh cinta pelakon Mohd Aidil Aziz terhadap tunangnya, Fasha Sandha yang bakal dinikahi dalam masa terdekat ini. 

Buktinya, dia telah memberikan ucapan yang paling sweet buat Fasha sempena hari ulang tahun kelahiran Fasha yang ke-34 yang jatuh pada hari semalam. 

Majlis ulang taun kelahiran Fasha turut diraikan pada majlis malam berinai Fasha yang diadakan di The Love @ MaTIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, malam tadi. 

“Memang  benar aku mencintaimu, memang benar rasa menyayangimu, setulusnya rasa hati ini,hanyalah padamu. Kuharapkan engkau yang terakhir dalam hidup ini, setia bersamamu hingga hujung waktuku,kekal bahagia selamanya...," tulis Aidil di dalam entri postingnya. 


Aidil yang turut mesra disapa sebagai Pak Ngah turut meletakkan hashtag #aidilfasha di dalam entri tersebut. Sweet sangat...

Apapun, rata-rata peminat dan rakan-rakan industri termasuklah keluarga merestui hubungan mereka berdua. Malah, ramai yang berpendapat bahawa pasangan ini sangat cocok,  sepadan bersama dan sehati sejiwa.