Lelaki dakwa pensyarah UiTM Dengkil lakukan gangguan seksual


UiTM kampus Dengkil


By Nadhirah Sofea Rashid

Biar betul?!! Viral di laman sosial Twitter apabila seorang pengguna Twitter mendakwa pensyarah di UiTM Dengkil melakukan gangguan seksual terhadap pelajar.

Apa pula kes ni?

Dakwaan itu bermula daripada tweet tentang UiTM Dengkil di mana pengguna Twitter lazimnya mengeluarkan pendapat yang jarang didengari mengenai sesuatu isu.

Pengguna Twitter itu walau bagaimanapun hanya menyatakan kenyataan tersebut tanpa mengulas dengan lebih lanjut.


Berat juga dakwaan lelaki ini. Tapi sejauh mana kebenaran kenyataan ini?

Seorang lagi pengguna Twitter @muizrazak yang merupakan seorang pensyarah di UiTM Dengkil membidas kenyataan lelaki itu.

Muiz seorang pensyarah undang-undang mendesak lelaki yang mendakwa itu meletakkan bukti-bukti sebagai sokongan terhadap kenyataan berat itu.

Ini bertujuan supaya siasatan dapat dilakukan dengan segera.

Lelaki itu walau bagaimana pun telah pun menyah-aktifkan laman Twitternya tanpa meninggalkan sebarang bukti bagi tindakan lanjut.



Bagi pendapat Muiz, ini merupakan dakwaan yang sangat berat kerana ia melibatkan tenaga pengajar dan pelajar itu sendiri.

Jadi wajarlah bukti-bukti tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa.



Namun, lain pula yang jadi.

Kenyataan Muiz ditempelak oleh beberapa netizen yang menganggap Muiz tidak mengetahui keadaan dalam universiti tersebut.

Seorang gadis berkongsi pengalaman diganggu oleh beberapa pensyarah.

Dia kemudiannya berhenti daripada melanjutkan pelajaran di situ selepas satu semester.



Tidak tamat di situ. Pengguna Twitter itu juga mahu para pensyarah disiasat bagi mengelakkan perkara ini berlaku kerana dia mempunyai rakan yang telah menjadi mangsa gangguan seksual daripada seorang pensyarah lelaki.



Gadis tersebut turut membidas sikap Muiz yang dikatakan 'victim blaming'.

Dia berkata mangsa-mangsa gangguan seksual ini tidak mempunyai tempat untuk meluah perasaan mereka.



Seorang lagi pengguna Twitter menggesa Muiz untuk memberi peluang untuk lelaki yang mendakwa untuk menjelaskan hal sebenar yang terjadi dalam kenyataannya itu.


Seorang lagi pensyarah undang-undang UiTM Dengkil, Mazlina Mahali berkata pensyarah-pensyarah di universiti tersebut perlu melaporkan kepada polis tentang dakwaan berat ini.

Bagi Mazlina, laporan polis itu tidak mempunyai kaitan dengan menjaga reputasi dan nama universiti dan para pensyarah. 

Sebaliknya untuk kebaikan sejagat.



Walau bagaimanapun diharapkan dakwaan ini ditangani secara profesional dan jika benar, tindakan undang-undang perlu diambil bagi melindungi kedua-dua pihak.