Tak suka kereta terbang? Netizen ketinggalan zaman boleh naik kereta buluh - Menteri


Kereta yang diperbuat daripada buluh dan rotan - Gambar daripada Google


By Nadhirah Sofea Rashid

"Mana-mana netizen yang memperlekehkan konsep 'kereta terbang' boleh naik kereta buluh dan ketinggalan zaman."

Itulah ungkapan Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Yusof yang membidas kritikan netizen terhadap model kenderaan terbang yang dipamerkan di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19).

"Mereka boleh memilih sama ada mereka mahu ketinggalan atau tidak. Orang ramai yang mengatakan ini satu bentuk penafian, di mana mereka boleh memilih untuk berada di belakang.

"Okay sahaja untuk tinggal di bawah buluh. Nak pandu kereta buluh pun okay," katanya.

Menurut beliau, sokongan kerajaan terhadap projek 'kereta terbang' yang dibiayai oleh swasta itu bertujuan untuk membangunkan modal insan di negara ini.

"Ia lebih kepada memberi pendidikan pengetahuan kepada orang-orang ini. Kami tidak mahu kumpulan ini ketinggalan.

"Sebenarnya, belia-belia Malaysia (di belakang projek ini) sudah jauh di hadapan dan mereka berada di peringkat yang sama seperti mereka yang mencipta dan melakukan penyelidikan (projek ini) di peringkat antarabangsa," kata Redzuan.

Netizen mula memperlekehkan projek 'kereta terbang' dengan beberapa daripada mereka bertanya sama ada model kenderaan yang dipamerkan di Langkawi dibuat daripada kipas KDK yang terkenal.


Turut itu sama, Mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menulis 'Salam Empat Kipas' di akaun Facebooknya.


Ramai juga yang berpendapat kereta terbang yang ingin dilakukan ini bukanlah satu keperluan dalam keadaan negara sekarang.


Walau bagaimanapun, kereta terbang yang mencuri perhatian di LIMA19 itu bukanlah kereta terbang seperti yang disangkakan.

Pengarah Kanan Perundingan dan Pembangunan Perniagaan Aerodyne Group Imtyaz Mohd Azzat berkata syarikat itu sedang membangunkan kereta terbang Vector berkonsep drone khususnya untuk penghantaran kargo dan tujuan pengawasan.

“Vector dikuasakan oleh empat motor dan bateri lithium-ion yang membolehkan kenderaan itu terbang.

“Kenderaan ini juga boleh membawa bebanan dianggarkan 150 hingga 200 kilogram dan terbang pada ketinggian kira-kira 50m dengan kelajuan 60km/j dan 30 ke 90 minit masa penerbangan,” katanya.