5 Koleksi Yang Harus Dimiliki Dari Koleksi ZALIA ZALORA RAYA 2019


Koleksi ZALIA ZALORA RAYA 2019


By ienaeliena

Baru-baru ini telah berlangsung pertunjukan fesyen untuk koleksi raya zalora 2019. ZALIA adalah salah satu jenama dari ZALORA sendiri yang menjadi pilihan pelanggan Zalora.

Koleksi ZALIA untuk Zalora Raya yang menakjubkan telah pun dilancarkan bersempena  Pertunjukan Fesyen ZALORAYA2019   di BlackBox, Publika pada 14 Mac lalu.

Antara selebriti dan influencer fesyen Malaysia yang dilihat dalam pertunjukan fesyen tersebut adalah Ameera Khan, pengasas LMK Cosmetic, Anna Jobling, Zoey Rahman, Hael Husaini, Sharifah Rose dan Zaihani Mohd Zain.

Koleksi ZALIA Raya diilhamkan daripada bunga hutan, dedaunan dan juga dari elemen semulajadi membuat Raya tahun ini kelihatan lebih elegan dan berkelas.

Anda pasti teruja dengan koleksi-koleksi yang menakjubkan dari Koleksi ZALIA Raya dan pasti anda akan bertanya-tanya mana yang sepatutnya menjadi pilihan anda untuk hari raya ini.Jadi di sini adalah lima pasang koleksi ZALIA yang akan membuat semua mata terpaut kepada anda.

1. ZALIA PLACEMENT SEQUIN SKIRT PEPLUM SET


Bagi mereka yang ingin kelihatan glamor di Hari Raya, Set Peplum Sequin Skirt ini akan membuatkan umum memberikan perhatian kepada anda. Set ini adalah pilihan yang tepat untuk wanita yang ingin kelihatan bergaya dan eksklusif untuk meraikan musim perayaan. Reka bentuk sequin yang menghiasi baju ini memberikan gaya yang cukup sempurna dan menawan lagi eksklusif.



2. ZALIA FOLIAGE SLEEVE MERMAID DRESS


Ciri-ciri bulu dedaunan yang bersinar di lengan baju membuat bahagian ini kelihatan unik dan cantik. Warna merah untuk Koleksi Zalia Foliage Sleeve Mermaid Dress ini akan membuat seseorang yang memakainya kelihatan berkilauan dan ianya menunjukkan keberanian orang yang memakainya.


3. ZALIA EMBROIDERED FLORAL PEPLUM SET


Zalia Embroidered Floral Peplum Set ini akan memberi anda kesan segera menjadi lebih tinggi dan butiran sulaman penuh pada pakaian akan membuat anda kelihatan hebat pada raya tahun ini. Dengan koleksi ini, anda tidak perlu risau tentang penambahbaikan penampilan anda kerana pakaian ini pasti akan membuatkan mata-mata tertumpu pada anda dan ramai akan bercakap tentang koleksi raya anda ini!