Cepat, permohonan UPU akan ditutup pada Apr 2!


Cara memohon UPU


By Huzraifah Atikah

Jika anda pelajar lepasan SPM yang masih belum memohon untuk memasuki universiti melalui UPU, lakukan dengan segera kerana tarikh tutup ialah Apr 2.

Hanya beberapa hari sahaja lagi yang tinggal. Cepat-cepat la beli nombor pin di cawangan BSN berdekatan. 

Kepada yang masih tidak tahu, pin UPU boleh dibeli di mana-mana cawangan BSN dengan harga RM15.60 .

Namun, kepada yang masih kebingungan dan mempunyai pertanyaan, boleh bertanya disini

Jabatan Pendidikan Tinggi juga telah menyediakan beberapa tips bagi memohon UPU. 

Atau, sila lihat video di bawah ini untuk belajar cara untuk memohon dengan lebih ringkas dan mudah difahami.


Apa tunggu lagi, jom mohon sekarang!

Kini, UPU juga memiliki aplikasi sendiri iaitu UPUPocket 2.0 yang boleh dimuat turun oleh pengguna android dan juga Apple.

YC mengucapkan selamat maju jaya kepada semua yang akan sambung belajar. Goodluck!