Sukakan Pedas? 6 Mi Segera Ini Patut Kamu Cuba...


Mi Segera Pedas


By Mr Spiky

Sejak tahun lalu, di media sosial tular mengenai kesedapan dan kepedasan mi segera yang pelbagai. Dipercayai ianya bermula dari negara Korea sebelum mula memecah dominasi dalam negara dengan pelbagai jenama mee segera berusaha hasilkan perisa yang pedas.

Malah jenama-jenama ini seperti bersaing untuk menambat selera peminat mereka. Untuk itu, Youth Connect senaraikan 5 jenis mi segera pedas yang wajib kamu cuba!

1. Mamee Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles


Pedas yang melampau! Itulah yang boleh kami gambarkan tatkala merasai sendiri Mamee Daebak Ghost Pepper Spicy Chicken Noodles. Amaran buat kamu yang tidak tahan dengan kepedasan, nasihat kami lebih baik merasai sedikit sahaja dahulu atau kamu akan menyesal kemudian. Dikatakan setakat ini

Mamee Ghost Pepper merupakan mi segera yang paling pedas di Malaysia dan ianya juga berwarna hitam! Mengapa hitam? Adakah menggunakan pewarna? Jawapannya adalah tidak kerana mee segera ini menggunakan serbuk coklat dan ekstrak buah beri yang selamat untuk dimakan. Kepedasannya pula datangnya dari cili Ghost Pepper, salah satu cili yang terpedas di dunia!

2. Maggi Goreng Pedas Giler 2X Ayam Bakar


Baru sahaja dilancarkan, Maggi kini menampilkan Maggi Goreng Pedas Giler edisi baharu. Bukan dengan perisa, sebaliknya mereka telah meningkatkan tahap kepedasan Maggi Goreng Pedas Giler sebelum ini menjadi dua kali ganda lebih pedas! Buat masa ini hanya perisa Ayam Bakar telah berada di pasaran.

3. Samyang 2X Spicy Ramen