Sultan Johor rancang buka pasaraya pada kadar 10% lebih rendah


Sultan Ibrahim Iskandar- Gambar daripada Royal Press Office


By Nadhirah Sofea Rashid

Berita baik untuk bangsa Johor!

Menerusi sebuah posting di Facebook @officialsultanibrahim, Sultan Johor mengumumkan akan membuka sebuah pasaraya baru di Johor.

Yang lebih menggembirakan ialah apabila Sultan Ibrahim bertitah bahawa mereka boleh menjual barang-barang pada kadar 10% lebih rendah.


Berikut merupakan kenyataan daripada pejabat Baginda:

KEBAJIKAN RAKYAT TETAP MENJADI AGENDA SULTAN JOHOR

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sentiasa menitikberatkan kebajikan rakyat dan Projek Rumah Impian Bangsa Johor merupakan antara inisiatif murni hasil ilham Baginda.

Baginda Tuanku Sultan yang kini berada di Timur Tengah atas lawatan peribadi, turut memikirkan mengenai keperluan rakyatnya.

DYMM Sultan Johor merancang untuk menjalin kerjasama strategik dengan sebuah pasaraya besar untuk beroperasi di Johor. "Pasaraya ini memberi jaminan bahawa mereka boleh menjual barang-barang pada kadar 10 peratus lebih rendah, pada masa sama turut memberi jaminan pada kualitinya.

"Ini akan memudahkan rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah mendapatkan barang keperluan asas dan harian pada harga yang murah," titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office hari ini.

DYMM Sultan Johor bertitah, pengumuman lanjut mengenai perkara itu akan Baginda umumkan dalam tempoh terdekat.

Usaha bagi membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah terus menjadi agenda serta fokus DYMM Sultan Johor.

Wah, beruntunglah rakyat Johor!