Bunkface Gegarkan UiTM Puncak Alam!


Bunkface Campus Tour UiTM Puncak Alam


By Nadhirah Sofea Rashid

Lebih sedekad bergerak aktif dalam industri hiburan tanah air yang banyak rintangannya telah membuktikan Bunkface bukanlah band sebarangan.

Bunkface yang dianggotai Sam, Paan dan Youk cukup digemari oleh para peminat, khususnya golongan muda!

Siapa yang pergi Bunkface Campus Tour dekat UiTM Puncak Alam semalam pasti merasakan kehangatannya sehingga ke saat ini.

Memang betul-betul gempak beb persembahan Bunkface kali ni! Kan?!

Membuka tirai pentas dengan lagu Shiver , pentas Dewan Berlian bagaikan digegarkan dengan ombak muzik pop Bunkface! Gegak gempita dewan itu dibuatnya!


Bunkface terkenal dengan lagu-lagu pop masa kini maka tidak hairanlah peminat-peminatnya dalam kalangan anak muda.

Sejumlah 20 buah lagu dimainkan pada konsert gig kali ini. Antara lagu-lagu hit yang didendang Bunkface adalah lagu Silly Lily, Soldier Boy, Prom Queen, Situasi, Malam Ini Kita Punya dan banyak lagi.

Lagu-lagu tersebut turut dinyanyikan bersama peminat yang sekali gus membuat konsert tersebut lagi meriah!

Peminat-peminat pun tidak kurang hebatnya. Buat mereka yang merupakan peminat tegar Bunkface memang tahulah lagu ni, mesti hafal punya! Betul tak bunkers bunkers sekalian?


Peminat Bunkface kelihatan benar-benar menikmati dan menghargai muzik yang dimainkan walaupun mereka mahukan lebih 20 buah lagu dinyanyikan.

Suasana menjadi lebih gempak apabila Sam secara spontan menjemput dua orang peminat untuk bersama Bunkface dalam satu pentas!

Peh, mesti yang lain jealous, betul tak? Yelah, bukan senang nak ada satu pentas dengan artis kegemaran kita! Siap bagi nyanyi lagi, siapa tak nak kan?

Diakhiri dengan lagu wajib iaitu Revolusi, sekali lagi Dewan Berlian bagaikan nak runtuh dengan suara sorakan peminat. Yelah, lagu favourite ramai tu!

Selepas UiTM Puncak Alam, lokasi seterusnya adalah di Universiti Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak!

Bukan itu saja, ada lagi beberapa buah universiti.

Jangan lupa ikuti perkembangan dan segala 'updates' di laman sosial Bunkface di Instagram dan Facebook!

Apa-apa pun persembahan Bunkface kali ini betul-betul memukau! Ditambah lagi dengan sorakan dan sokongan peminat, pasti menjadikan konsert itu sebuah kenangan manis.