Jejai Ex-Suami Fasha Ucap Tahniah, Akui Aidil Lelaki Baik


Jejai, Fasha Sanda dan Aidil Aziz


Bekas suami pelakon Fasha Sandha, Rizal Ashram atau Jejai telah mengirimkan ucapan tahniah buat Fasha serta suami barunya Mohd Aidil Aziz selepas pasangan itu diijabkabulkan di Perlis pada pagi tadi. 

Selain ucapan tahniah, Jejai juga turut menitipkan luahan peribadinya buat Aidil menerusi posting instagram yang dimuat naik kurang dari sejam yang lalu. 

Kata Jejai, dia baharu tiga kali bertemu dengan Aidil, namun apa yang didengar tentang Aidil hanyalah yang baik-baik sahaja. 

"Anak-anak saya adalag segalanya buat saya dan saya cukup gembira apabila mendapat tahu bahawa kamu cukup menyayangi mereka. Itu yang paling penting. Semoga kali suami isteri akan terus mencintai dan menghargai antara satu sama lain," katanya. 


Pesanannya buat Fasha pula, Jejai berkata, dia gembira dan lega apabila kedua-dua mereka (Fasha dan Aidil) bernikah. 

"Saya pasti Rayfal dan Jemyma berasa seronok berada di dalam majlis yang cukup istimewa ini. Saya juga berdoa agar ikatan perkahwinan kamu ini akan membawa kebahagian hingga akhir hayat dan semoga cinta kamu akan terus bercambah," katanya. 

Sedih pula dengar luahan Jejai nih..