8 Port Makanan Viral Di Shah Alam Yang Wajib Dikunjungi!


Syurga makanan


By Mr Spiky

Selain dikenali sebagai bandar pendidikan, Shah Alam juga begitu dikenali sebagai syurga makanan untuk mereka yang bergelar food lover, kaki makan atau foodie. Namakan apa sahaja yang kamu mahukan segalanya ada disini.

Namun untuk mereka yang buntu mahupun berniat mengunjungi Shah Alam untuk mencari makanan sedap, di manakah restoran atau makanan yang ingin disyorkan? Untuk itu, Youth Connect  bawakan 8 port makanan viral di Shah Alam sepanjang 2019 ini untuk kamu kunjungi. Boleh berterima kasih pada kami kelak!

Flavours By SBU Café



Tidak ramai yang tahu bawa Butik SBU sebenarnya turut mempunyai sebuah café di tingkat bawah. Menyajikan makanan western dan aneka kek, suka untuk kami syorkan agar anda mencuba pasta mereka! Pasta Carbonara mereka cukup padu dan berharga RM15 bersama segelas Teh O’ Limau Ais secara percuma.

Sebagai pelengkap hidangan, Kek Onde-Onde Gula Melaka wajib disenarai bersama. Sukakan pedas? Mungkin Samyang Chicken Chop bakal menjadi kegemaran kamu.

Alamat : B-19-G, Jalan Serai Wangi K, 16/K, Alam Avenue 2 Seksyen 16, 41300 Shah Alam, Selangor

Restoran Dapur Abe

Baru sahaja dibuka, namun penangannya cukup hebat dan menjadi sebutan ramai penduduk Shah Alam . Manakan tidak, Warung Abe menyediakan sajian asli Pantai Timur! Dibuka bermula tengahari hingga tengah malam, selain dari aneka makanan nasi campur, kamu wajib mencuba Nasi Kerabu mereka yang cukup rasa dan minum pula jangan lupa untuk memesan Teh Ais Padu!

Alamat : E-25-G, Jalan Serai Wangi, M 16/M, Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam, Malaysia

Coboroy


Terletak di dalam IRDKL Mall, Seksyen 16 Shah Alam kami boleh katakan shell out paling murah di Shah Alam terletaknya di sini! Berharga RM20 seorang, pelanggan bakal menikmati tiga jenis hidangan atas meja yang disediakan bersama sos istimewa. Selainitu, buttermilk mereka juga memuaskan. Sebelum masuk ke pawagam di tingkat atas, apa kata kamu singgah di sini dahulu?

Alamat : IRDKL Mall, Jalan Serai Wangi, M/16M, Seksyen 16, Alam Avenue 2,Shah Alam, Malaysia

Brotherhood  Co. Café



Hampir semua makanan disini berbaloi untuk dicuba! Makanan seperti Nasi Ayam Bakar dan Crispy Chicken Burger antara yang menjadi kegemaran ramai setiap kali ke Brotherhood Café. Burger mereka sememangnya berhantu! Tidak hairanlah ramai yang sanggup beratur panjang untuk menikmati burger ini.

Alamat : Jalan Plumbum Aa 7/Aa, Seksyen 7 Shah Alam

Ombak Kitchen



Kamu peminat Seafood? Jika Ya, Ombak Kitchen wajib berada dalam senarai mesti pergi! Meskipun harganya agak sedikit mahal,namun percayalah ianya sangat berbaloi! Shellout yang disediakan cukup premium kerana makanan laut nya adalah berkualiti tinggi, dan aneka sos nya pula cukup pelbagai. Bagi kami, sudah pasti akan berkunjung ke sini lagi sekiranya diberi kesempatan .

Alamat : 5.G.01, D'Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Murni Discovery



Restoran yang sudah dibuka bertahun lamanya sentiasa menjadi kegemaran anak muda di Shah Alam. Pelbagai menu makananmenarik untuk dicuba, harga nya cukup berpatutan apatah lagi potionnya juga akan menggembirakan ‘perut’ kamu!

Alamat : ACG-47, Blok A, Jalan Plumbum AC7/AC, Pusat Komersil Seksyen 7,Shah Alam Selangor 40000 Malaysia

Fradoo Shah Alam

Tak Shah Alam lah kalau tak kenal Fradoo yang terletak di Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam! Sejak dahulu disini tular dengan anekaAis Batu Campur (ABC) yang sememangnya cukup meriah dengan pilihan yang ada.

Alamat : Stall No 14,, Medan Selera Seksyen 2, Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor

Pecal Lele Shah Alam