Fasha Sandha Rasa Dihargai Oleh Teman Sehidupnya, Aidil Aziz


Fasha Sandha kongsi perasaan gembira dengan perkahwinan kedua


By Syafiqah Azman

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu, aktres, Fasha Sandha kongsi perasaan teruja dan bahagia apabila merasa dirinya lebih dihargai oleh sang suami iaitu, Aidil Aziz. 

Alhamdulilah, setiap wanita memang menginginkan perasaan tersebut hadir dalam hubungan mereka, betul tak? 

Menurut Fasha sendiri ketika ditemui pada majlis berinai di The Love @ Matic, Kuala Lumpur, dia hanya ingin berkongsi perasaan gembira tersebut dan bukan ingin membandingkan dengan hubungannya terdahulu. 

“Saya tak mahu orang salah tafsir kenyataan saya, bukan membandingkan tetapi hanya ingin berkongsi rasa dihargai,” jelas Fasha menerusi Harian Metro. 


Sementara itu, majlis persandingan yang diadakan di kampung halaman aktres tersebut iaitu Perlis pada Sabtu lalu dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis bersama isterinya. 


Pasangan tersebut memilih tema moden bagi majlis persandingan pertamanya. Fasha menggayakan gaun berona merah jambu muda yang kelihatan ayu dan jelita manakala Aidil memakai satu sut hitam berserta ‘bow tie’ menampakkan sisi tampannya. Kedua-dua busana tersebut di tempah khas oleh pereka fesyen terkemuka negara, Rizman Ruzaini.

Bagai pinang di belah dunia pasangan ini. Sama cantik, sama padan, kan? Tahniah buat Fasha dan pasangan, Aidil. 

Pada Sabtu, 30 Mac lalu, Fasha sah menjadi isteri kepada pelakon, Aidil Aziz dengan sekali lafaz sahaja. 

Majlis persandingan kedua mereka iaitu di kampung halaman Aidil akan diadakan di Rembau, Negeri Sembilan pada bulan April ini. 

Sekali lagi diucapkan tahniah buat Fasha dan Aidil! Semoga berkekalan hingga ke Jannah dan dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.