Baru 2 minggu, showroom IKEA Penang dah macam tongkang pecah?


Kerosakkan yang dilakukan segelintir pengunjung - Gambar Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Betul lah orang cakap. Segelintir orang kita ni pantang nama benda cantik sikit, mesti ada tangan gatal nak pergi sentuh dan rosakkan!

Macam yang terjadi dekat IKEA Batu Kawan, Penang ni lah. 

Baru saja dua minggu pembukaan, dah viral gambar-gambar pengunjung IKEA yang tidak bertanggungjawab.

Ya, tidak dinafikan showroom IKEA ni memang port terbaik untuk #OOTD ke atau apa-apa gambar sekali pun. 

Sususan interior designnya yang high class pasti menambat hati sesiapa sahaja yang pergi.

Kalau korang yang kaki #OOTD ni mesti suka tengok interior design daripada IKEA ni?

Siap terbayang nak rumah, bilik macam mana nanti? Haa, betul tak?

Namun apa yang tidak sedap mata memandangnya apabila ada yang tidur atas katil lah, panjat almari lah, rosakkan cadar dan macam-macam lagi lah.

Kelvin Soon, seorang pengguna Facebook berkongsi pengalaman pahitnya berkunjung ke IKEA Batu Kawan Penang buat pertama kali nya.


Ada segelintir pihak berpendapat bahawa 'keselerakkan' yang terjadi ini belum lah ke tahap yang kritikal.

Tapi, sudah tiba masanya untuk warga Malaysia belajar untuk menghargai harta benda orang lain.

Showroom tu kan hak semua pengunjung yang datang ke IKEA, betul tak?

Sebelum ini ada kes juga terjadi di IKEA Penang apabila seorang remaja memanjat rak penyimpanan stok.

Kelakuan itu bukan sahaja membahayakan dirinya, malah kepada orang lain juga. 

Haa, oleh itu sama-samalah kita jaga kelakuan kita. Kesian dekat orang yang nak tengok showroom tu tak dapat tengok betul-betul kerana kerosakkan yang dibuat.