Ahmad Bo Gum nyanyi lagu Belaian Jiwa buat netizen cair!


Park Bo Gum - Gambar daripada Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Siapa Ahmad Bo Gum yang tiba-tiba viral pula ni?

Ha, rupa-rupanya nama Ahmad Bo Gum atau nama sebenarnya Park Bo Gum yang trending ni sebenarnya penyanyi K-Pop yang menyanyikan lagu favorite ramai iaitu Belaian Jiwa dengan penuh penghayatan, orang putih kata perfect lah!

Bo Gum datang ke Malaysia untuk Park Bo Gum Asia Tour pada Mac 30 lalu dengan menjanjikan satu persembahan yang special untuk peminat Malaysia.

Rupa-rupanya lagu Belaian Jiwa tu lah persembahan istimewa beliau!

Tengok video di bawah!

Bayangkan seorang yang bukan warganegara Malaysia boleh menyanyi lagu Melayu dengan baik sekali diiringi dengan alunan muzik piano. 

Siapa je tak cair, lagu Belaian Jiwa pula tu? Tambah lagi dengan Bo Gum yang nyanyi. Peh! Memang wajar lah trending! 

Yang bukan Kpoppers pun mesti cair tengok!

Ni pulak video Bo Gum belajar cakap bahasa Melayu pada tahun 2016.

Kata Bo Gum, Malaysia mempunyai tempat istimewa dalam hatinya.

"Malaysia merupakan negara pertama saya lawati semasa lawatan Asia saya yang pertama pada 2016. Mungkin sebab itu saya rasa dekat sangat dengan Malaysia," kata Bo Gum.

Orang kata memang cukup pakej lah Park Bo Gum ni, dah lah pandai berbahasa Melayu, pandai menyanyi, kacak pula tu!