Bella Daly Selamat Bernikah, Tapi Kenapa Rahsiakan Suami...?


Bella Daly


Selamat Pengantin Baru buat pelakon Bella Daly kerana telah pun selamat melangsungkan pernikahannya dengan jejaka pilihannya di Bora Ombak Marina, Putrajaya semalam. 

Akan tetapi, bekas iseri kepada aktor Nazim Othman itu nampaknya masih tetap mahu merahsiakan identiti suaminya kepada pihak umum. Tidak pasti apakah sebabnya Bella berbuat demikian. Hanya Bella sahaja yang mengetahuinya. 

Namun, suaminya itu dikenali sebagai Arif Isaac Lee dan pernah menemani Bella untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan selebritinya, Elfira Loy. 

Terdahulu, Bella Daly  telah pun melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihannya di kediaman keluarganya di Kota Kinabalu Sabah pada 12 Januari lalu. 

Siapa Tunang Bella Daly - Klik dan baca ! 

Apapun ramai teman-teman selebriti dan peminat yang gembira dengan perkahwinan Bella yang kedua kali ini.  Mereka juga mendoakan agar Bella akan meraih kebahagiaan menerusi perkahwinan kali ini.