Buat cabaran 'overnight' di IKEA Penang, 2 remaja ditahan


IKEA Batu Kawan, Penang - Gambar Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Lagi kes yang membabitkan IKEA Batu Kawan, Penang.

Dalam dunia serba moden ini, macam-macam internet challenges atau cabaran internet yang kita boleh tengok.

Ada yang sampai sanggup membahayakan diri semata-mata untuk views dan like.

Challenge yang mula trending di Malaysia kini ialah cabaran '24-hour challenge' di mana pelaku perlu menyorok di sebuah tempat selama 24 jam jika ingin menang cabaran tersebut.

Sebenarnya cabaran itu telah diperkenalkan pada tahun 2016 lagi selepas dua orang Youtubers merakam diri mereka tidur semalaman di IKEA dan menjadi viral dan trending suatu ketika dahulu.


Dan pada minggu lepas, dua remaja Malaysia menyahut cabaran itu.

Menurut Sinchew, kedua-dua remaja tersebut tiba di IKEA tersebut dalam pukul lapan malam dan menyorok di dalam bangunan tersebut selepas penutupan IKEA.

Untuk mengelakkan diri mereka 'kantoi', mereka menyorok dalam sebuah almari dan keluar selepas pengunjung dan pekerja pulang.

Rakaman CCTV nyata menunjukkan remaja tersebut mengambil gambar dan video.

Mereka kemudiannya ditangkap oleh pengawal keselamatan pada sebelah pagi.

Mereka juga mengaku mereka sahut cabaran itu untuk menunjukkan keberanian bermalaman di IKEA dan ketangkasan mereka mengelak pengawal keselamatan. 

Dua orang rakan sekelas Tingkatan Lima itu ditangkap dan direman semalaman.


Itulah, kan dah kantoi. Tengok siapa susah?

Sebaiknya kita perlu ketahui dulu sekiranya cabaran itu melanggar undang-undang atau tidak.

Bukan itu sahaja, mana tahu yang sahut cabaran ni cedera ke dalam bangunan IKEA tu dan tak ada siapa tahu? Kan susah tu!