Fesyen Menarik Karpet Merah Festival Filem Malaysia Ke-30


Selebriti di Festival Filem Malaysia ke-30


By Syafiqah Azman

Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) yang berlangsung Ahad lalu di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sudah pun melabuhkan tirai semalam. 

Tapi bukan itu yang kita nak cerita kali ini. Kalau anda lihat laman sosial Instagram semalam, penuh dengan selebriti kegemaran anda memuat naik foto busana yang digayakan, betul tak? 

Ada yang nampak ‘boom’ meletop! Ada juga yang memang cantik menarik, tertarik kau memang da bomb! Ha gitu!

1. Mira Filzah 


Cantik bagai bidadari betul wanita seorang ini! Memang menjadi pujaan hati kekanda di luar sana ya? Eh? 

Pelakon, Mira Filzah mengayakan kebaya songket berona biru yang sesuai dengan kulit warnanya yang cerah itu. Memang nampak macam perempuan Melayu terakhir! Cantik sangat! 5 bintang buat Mira!

2. Nur Fazura 


Pelakon dan penyanyi seorang lagi ni tak pernah tak cantik! Kali ini, isteri kepada pelakon Fattah Amin iaitu Nur Fazura mengenakan busana dari tak lain tak bukan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini. 

Kombinasi merah jambu atau ‘hot pink’ dan hitam tampak sesuai pula dengan Fazura ya? Di bahagian bahu dan dada, menunjukkan ropol atau ‘ruffle’ menyerlahkan lagi konsep pakaian tersebut. 

3. Natalia Ng 


Model dan juga pelakon, Natalia Ng ternyata nampak seperti bidadari kayangan dengan gaun belah depannya yang menunjukkan sisi seksi model tersebut. 

Natalia yang merupakan finalis Miss Universe Malaysia ini menggayakan gaun yang direka khas dari Maison Met. Gaun yang dipenuhi dengan kilauan perak serta berona seakan warna kulitnya menyerlahkan lagi keanggunan model tersebut. 

Hot bae betul! 

4. Kilafairy